in

Tips dan Panduan Lengkap Menulis Artikel di Platform ZINE

Perkemas Karya Anda di Zine Sekarang

Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera buat pembaca, audien, penulis artikel, karyawan, serta user baru di laman Zine.my yang kami kasihi sekalian.

Sebelum anda berkarya kreatif dan inovatif di sini moleklah kami di zine.my perkenalkan sedikit sebanyak panduan teknikal dan tatacara mengenai format penulisan di sini.

Tidak lupa juga ucapan tahniah buat anda yang telah mendaftar secara rasmi bersama kami di Zine.my, insyallah moga berjaya mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang penulisan kreatif ini.

Bagi mereka yang masih belum menjadi pengguna Zine.my, saya menjemput anda untuk klik di pautan di bawah dan lihat bagaimana cara mendaftar sebagai user.

Sign Up Di Zine.my Dalam 2 Minit!

Format Artikel di ZINE ( Frontend Public Submission)

Anda boleh gunakan format ini sebagai rujukan piawaian asas artikel zine.my

1. Tajuk – (H1)

H bermaksud Header. Terdapat tiga jenis header

  • H1– Paling besar saiznya
  • H2 – Sederhana
  • H3 – Kecil (hampiri menyamai bold biasa)

Untuk tajuk ;

  1. Digalakkan panjang 2 baris ayat dalam pandangan desktop dan 4 baris ayat di mobile view. (10-15 patah perkataan)
  2. Setiap huruf awal perkataan bermula dengan uppercase

2. Penggunaan H2, H3

Artikel akan lebih jelas dengan penggunaan H2, H3, bullet, spacing.

  • H2 – Setiap Topik Utama dalam artikel
  • H3 Subtopik – tambahan kepada point/ isi penting

3. Penggunaan perenggan dan spacing

  • Panjang satu ayat kurang dari 20 patah perkataan. Bila masukkan gambar atau media tak perlu double space kerana sudah ada margin top/bottom
  • Dengan menekan space akan ada auto gap untuk perenggan baru

4. Penggunaan bold, italic

Bold dan italic sama sahaja sepertimana anda biasa gunakannya di microsoft word.

  • Salah satu cara untuk tarik perhatian pembaca adalah dengan menetapkan beberapa teks dalam huruf tebal, yang lebih gelap daripada jenis biasa.
  • Digunakan untuk penekanan kata-kata  atau frasa tertentu agar lebih menonjol daripada tulisan sekitarnya.

5.  Penggunaan bullet and numbering

  • Bullet dan numbering adalah auto gap tanpa perlu double spacing
  • Tujuannya supaya nampak lebih kemas dan tersusun baru pembaca mahu singgah.

Contoh : Resepi Nasi Dagang Buruan Anak Raja! Jom Sediakan Di Dapur Sendiri.

6. Penggunaan media (upload/get by url)

  • Embed menggunakan url. Post Editor akan autoconvert
  • Facebook, youtube, twitter, insta, vimeo, dailymotion dan yang ada icon media platform hanya perlu gunakan url.

7. Penggunaan media (embed)

  • Mana yang tak boleh guna url barulah gunakan embed code
  • Tapi terhad hanya pada post yang set to public.

Video

  • Menambah video akan kurangkan keperluan utk menulis terlalu panjang.
  • Untuk content yang lebih baik, cuba untuk tambah video berkaitan.

8. Imej paparan yang gempak (Featured image)

  • Gambar limit 1024px, max. 2MB dalam format Png, jpg, jpeg, gif
  • Minimum 200×200, max. 1000×1000
  • Ratio 3:2, contoh 300×200, 600×400, 1000×650.
  • Pastikan semua gambar tanpa border, brand, trademark.
  • Masukkan sumber url pada source di bahagian gambar.
  • Source/credit disertakan sebagai penghargaan kepada sumber asal.

Baca jugaTop 10 Website Stok Gambar Percuma

Additional image

  • Saiz yang sama seperti featured image
  • Perlu diselang seli antara perenggan dan gambar.
  • Mulakan dengan perenggan dan letakkan gambar di bawah.
  • Gambar auto set as center full width

9. Pilih kategori bersesuaian

  • Tandakan pada kategori yang bersesuaian dengan artikel. Jika artikel meliputi pelbagai kategori, boleh set as primary bagi kategori utama  yang berkaitan artikel.

10.  ‘Tag’ sebagai pemudah cara

  • Dengan jumlah 3 tag adalah mencukupi untuk satu post.
  • Ia akan Mmenghimpunkan (grouping) semua post dengan tag yang sama
  • Sebagai penanda untuk penulis buat carian
  • Memudahkan pembaca membuat carian menggunakan tag tersebut.

11. Submit for review

  • Bila dah siap menulis, dengan pantas tekan butang submit untuk semakan Zine Editorial.
  • Anda boleh lihat senarai semakan artikel di User Profile (published, pending, save as draft)

12.  Save as draft

  • Tak cukup masa untuk siapkan artikel? Anda boleh save as draft.
  • Fungsi butang ini juga membantu anda untuk rangka penulisan lebih awal.
  • Lihat senarai semak post anda di User Profile (published, pending, save as draft)

Tips EXTRA untuk mula menulis artikel

  1. Pilih Niche/kategori
  2. Cari Topik berkaitan
  3. Kembangkan Idea
  4. Tentukan Tajuk
  5. Senarai Point penting
  6. Penerangan setiap point
  7. Gambar untuk paparan skrin (featured image), video atau media sisipan, bukti, hiasan

Wah, Tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya sampai ke tahap ini. Ayuh sahabat-sahabat pembaca sekalian bersama-sama kita berkarya kreatif dan menulis di ZINE!

Untuk support yang lebih padu dan mantap, jangan lupa sertai group Facebook : Penulis Zine.my

Dah bersedia untuk menulis? Teruskan bacaan dan tonton video tutorial di bawah.

Userguide Menulis Artikel Story di Zine.my