in ,

Warisan Sabah nafi dakwaan MP parti telah dilantik ke kabinet persekutuan

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah menafikan dakwaan kononnya Anggota Parlimen (MP) dari parti itu telah dilantik ke beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan.

Pengerusi Tetap parti itu Datuk Liew Vui Keong berkata berita itu hanya wajar disifatkan sebagai berita tidak benar.

Berita itu yang tersebar di media sosial menyebut Liew antara yang dilantik itu selain beberapa anggota lain Warisan.

“Hal sebenarnya ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum menamakan kumpulan kedua barisan anggota kabinet yang kebanyakannya dikatakan terdiri daripada MP dari Sabah and Sarawak,” kata Liew.

Liew berkata kehadirannya pada majlis mengangkat sumpah anggota Kabinet di Istana Negara semalam adalah dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Tetap Warisan bersama timbalan presiden parti Darrel Leiking, MP Penampang.

“Kehadiran kami itu sebagai mewakili Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA