Wanita Ini Viral Jual Udang Galah RM1 Seekor

1,347 Views in
Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

KUALA TERENGGANU: Biasanya udang galah dijual pada harga RM28 hingga RM30 sekilogram, namun berlainan buat dua beradik dari Kampung Teluk Ketapang yang menjual udang galah dengan harga RM1 seekor.

Wan Fatin Norazira Wan Nasir , 24, bersama kakaknya Wan Nur Zuliana, 34, menjalankan perniagaan menjual udang galah itu di laluan belakang, Kampung Cabang Tiga sejak enam Ramadan lalu.

Wan Fatin berkata, sebelum ini dia bersama kakaknya menjual ikan celup tepung di pantai Teluk Ketapang, namun sepanjang Ramadan gerainya itu ditutup.

“Saya dan kakak buntu memikirkan jenis perniagaan yang boleh kami jalankan sepajang Ramadan sebelum ditawarkan seorang pemborong hasil nelayan dari Besut untuk menjual udang galah itu.

“Jika diikutkan kami boleh menjualnya mengikut harga pasaran, namun kerana ingin mencipta kelainan pada Ramadan disamping tujuan promosi, kami menawarkan udang galah bersaiz sederhana itu dengan harga RM1 seekor.

“Alhamdulillah, selepas seharian menjualnya, sambutan yang diterima sangat mengalakkan dan sebanyak 100 ekor udang galah sudah terjual pada hari pertama,” katanya.

Tambahanya, memadangkan lokasi gerainya berada agak terlindung daripada tempat tumpuan orang ramai, perniagaan yang dijalankan itu masih belum diketahui umum.

“Saya yakin apabila perniagaan itu semakin diketahui, ia akan mendapat sambutan yang luar biasa kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan jarang sekali peniaga menjualnya dengan harga begitu,” katanya.

Menurutnya, kebiasaanya udang galah itu sedap dimasak masak lemak kuning selain digoreng dan dijadikan bahan pemanis di dalam mi segera.

“Memang seronok menjual udang galah pada harga itu kerana sambutan yang diterima sangat mengalakkan sekaligus memberi semangat kepada kami untuk kekal berniaga.

“Biarpun keuntungan yang diperolehi tidak besar namun sekurang-kurangnya kami berusaha untuk meraih rezeki untuk digunakan bagi menyambut Syawal nanti,” katanya.

3 points
Upvote Downvote