Usah Merendahkan Orang Lain Di Hadapan Anak-Anak Kita

hari ini berlaku depan mata telinga saya sendiri

320 Views in
Up/Down VoterContent AuthorStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorImage MakerVerified User

Tadi pagi saya ke ATM stesen minyak. Kebetulan di sebelah ATM ada macam minibar. Sedang saya ambil duit terdengar seorang ayah menasihati anaknya berkali kali;

Nina belajar sungguh-sungguh ya,jika adik tidak belajar sungguh-sungguh nanti jadi macam kakak di kaunter tu kena kerja bersama bangladesh jaga kaunter layan orang” (jari beliau tepat tunjuk ke arah cashier)

Hati saya memang tak boleh sabar, kebetulan di mini bar tersebut hanya kami sahaja.

Maaf tuan, tak boleh ajar anak begitu, nanti anak abang faham kerja cashier ini low class. Sepatutnya abang kena ajar anak belajar sungguh-sungguh dan kerja sungguh-sungguh macam kakak cashier tu,barulah anak abang faham pentingnya ilmu dan pentingnya kerja kuat.

Saya faham maksud abang. Abang tidak mahu anak-anak abang nanti hidup susah tapi jangan jadikan contoh kepada anak-anak kecil bahawa kerja cashier, pemungut sampah, kerja cuci tandas ini adalah kerjaya orang gagal.

Belajar sungguh-sungguh tidak semestinya anak abang berjaya kaya raya. Kita belajar sebab mahukan ilmu yang bermanfaat bukan mahu dapat kerja yang hebat,banyak duit,hidup mewah semata

Suami isteri dan 3 orang anak beliau diam membisu. saya salam, minta maaf dan doa moga anak abang berjaya seperti abang dan kakak.

Tuan puan. mungkin hari ini kita seorang doktor, peguam, guru atau ahli perniagaan tetapi ramai diluar sana bukan seperti kita, dan bukan bererti mereka orang yang gagal atau tiada nilai.

Pupuklah dalam minda anak-anak kita bahawa ilmu amatlah penting, tetapi ilmu tidak meletakkan ke satu tahap untuk memandang orang lain lebih rendah dari kita.

ikhlas,

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Sumber daripada Encik BurQa

-2 points
Upvote Downvote