Masih Ada Wudhu’ Ke?

Berapa kali amik wudhu’ daa

725 Views in
Up/Down VoterContent AuthorStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorImage MakerVerified User

Selesai mandi tengahari amik wudhu’ konon nak Zuhur terus. Keluar bilik air nampak pulak cadar yang kene kencing anak ketiga malam tadi. Lupa nak bawak ke dapur. Oh, kain buat lap berak dia atas lantai yang dah basuh tu elok la mesinkan sekali.

Eh, takut pulak terkena kencing ke ape ke, amik lagi sekali. Belum sempat apa-apa dua beradik balik sekolah. Membebel itu ini. Teringat masak kurma belum tutup api. Tutup dulu. Cari tudung saji. Eh wudhu’ ade lg ke?

Masuk bilik nampak pula air kencing tepi katil. Laa, dia kencing situ pulak. Mencari kain buat lap-lap. Bilas mop lantai. Eh, terkena kaki ke tadi? Takpe la, re-new wudhu’ sekali lagi.

Baru pakaikan diaper anak ketiga, nak cari telekung, bau semacam dekat baby pula. Angkat. Sah. Ada bahan-bahan kumbahan. Bawak ke toilet. Cuci-cuci. Amik wudhu’ lagi sekali. Pakaikan baby diaper.

Cepat-cepat amik telekung, bentang sejadah, angkat takbir. Itupun ada tukang tarik tali telekung, tukang panjat, tukang peluk semua ada.

Status ini ditaip selepas berjaya Zuhur dengan jayanya.So, emak-emak luar sana, jangan kecewa bila tak dapat Dhuha. Yang wajib pun bagai nak rak nak sempurnakan! Allah tahu struggle kita.

Sape biasa gini angkat mouse!Sape yang baca ada rasa penat dan pening yang sama, angkat keyboard!

Kesianeh Sekian

Sumber dari Puan Salwa Mohd Salleh

6 points
Upvote Downvote