Jadilah Pendengar Yang Setia Buat Isteri

408 Views in
Up/Down VoterContent AuthorStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorImage MakerVerified User

Dulu saya ni macam tak ambil peduli sangat jika isteri mengadu hal.

Kadang-kadang isteri ni cicak dalam bilik air pun dia nak cerita.

Sekarang baru saya faham. Dari sekecil masalah sehinggalah sebesar masalah jika isteri mengadu, suami ni kena cepat-cepat beri perhatian.

Bukan apa. Nanti syaitan akan bisik hati isteri untuk mangadu kepada orang lain.

Bila isteri kita mula mengadu kepada orang lain, maka segala keaiban rumahtangga akan tersebar. Dari orang tidak tahu, semua orang tahu.

Sebab itulah. Suami perlu jadi pendengar dan penasihat yang setia buat isteri.

Walaupun kadang-kadang kita penat baru balik dari kilang, balik dari kebun, dari pejabat. Tapi jangan hampakan keluhan dari seorang isteri.

 

“Dengar dan peluklah isteri, insyaallah dia akan jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali”

EncikMatt-

7 points
Upvote Downvote