Harga Pakej Katering Akan Naik, Mungkin Anda Kena Kahwin Sebelum 1 September Ini

1,135 Views in
Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

KUALA LUMPUR: Pengusaha katering menjangkakan harga pakej perkhidmatan makanan dan minimum akan meningkat susulan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan sebanyak enam peratus yang akan dikuatkuasakan mulai 1 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah, berkata jika ada kenaikan harga yang terpaksa ditanggung pengusaha, maka kos itu terpaksa dipindahkan kepada pengguna.

Beliau berkata, tiada yang berbeza antara percukaian lama, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan cukai baharu kerana kedua-duanya hanya menyebabkan kenaikan kos.

“Tidak dapat dielakkanlah (kena cukai). Impak mesti ada, kenaikan harga sudah pasti. Impak kepada pelanggan.

“Sama jugalah (pelaksanaan GST). Ini enam peratus macam dulu baliklah. Peningkatan enam peratus juga dan pelanggan yang akan bayar bukan kita bayar, sama seperti GST,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Tanjong Vista & YT Midtown, Kuala Terengganu, Suaibah Harun, berkata caj enam peratus akan menyebabkan kenaikan harga pada perkhidmatan makanan dan minuman termasuk katering.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti elemen Cukai Perkhidmatan yang akan dikuatkuasakan bulan depan sebelum tindakan susulan diambil.

Bagi pengusaha katering secara kecil-kecilan seperti Mak Iti Catering & Services, pihaknya masih samar dengan sistem cukai ‘baharu’ yang akan dikuatkuasakan pada 1 September ini.

Namun, penyelianya, Roslan Yusof berkata, jika pengusaha katering dicaj enam peratus, cukai ‘baharu’ itu lebih kurang sama dengan GST, sekali gus turut memberi kesan terhadap harga pakej makanan dan minuman.

“Kita masih tidak nampak. Tetapi mungkin akan berlaku kenaikan harga barangan. Dulu kena bayar enam peratus, sekarang pun enam peratus.

“Dulu atau sekarang, sama sahaja kena bayar. Harga tetap akan naik dan pengusaha pun kena naikkan harga juga. Nanti pengguna akan tanggunglah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pak Ndak Katering, Mohamad Safwan Abdullah, berkata pengecualian cukai bagi restoran yang meraih jualan tahunan kurang RM1 juta setahun adalah langkah yang adil kepada pengusaha katering kecil-kecilan sepertinya.

Katanya, Pak Ndak Katering baru lima tahun beroperasi secara kecil-kecilan dan banyak tertumpu di kawasan luar bandar.

“Syarikat saya kecil, masih belum mampu nak bayar cukai. Dengan pengecualian ini, wang itu boleh guna untuk pusingan modal perniagaan,” katanya.

Yang dah ada duit tu, mungkin boleh jalan terus. 

18 points
Upvote Downvote