Carilah Pasangan Yang Mempunyai Matlamat Yang Sama

Suami isteri kena ada kemahuan dan main peranan untuk hidupkan agama dalam keluarga

208 Views in
Up/Down VoterContent AuthorStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorImage MakerVerified User

Nak menghidupkan agama dalam rumah tangga ni ibaratnya seperti permainan badminton. Kita suka bila tengok satu-satu game yang ada fight dan rally yang panjang.

Macam mana nak dapat rally yang panjang?

Kedua-dua belah pihak kena mahir bermain. Kalau hanya sebelah pihak pandai bermain manakala sebelah lagi tangan bangku (eh!), tak jadi. Akhirnya jadi lubuk orang kata.

Nak cakap di sini, suami isteri kena ada kemahuan dan main peranan untuk hidupkan agama dalam keluarga. Kalau hanya sebelah pihak saja bersemangat, jadilah tepuk yang tak bersambut. Hambar!

Dalam permainan badminton ni, tak pandai main sangat pun tak apa. Janji ada kemahuan. Kalau lawan level beginner, kita yang pandai main ni banyakkan bagi bola tanggung.

Mudah lawan nak sambut dan balas. Yang penting rally jadi panjang. Lama-lama main, pandailah dia lepas tu. Bila dah pandai, upgrade sedikit demi sedikit corak permainan.

Tapi kalau dah tak ada kemahuan tu, bagi bola mudah pun malas nak ambil dan balas. Memang tak akan hidup permainan sampai bila-bila.

Hubungan Ustaz Adam dengan Nur boleh jadi berjaya sebab Nur ada minat mendalami agama. Ustaz Adam pula penyampainya. Tak kisahlah walaupun Nur tu asalnya seorang gadis yang dipandang hina. Heh!

Suami isteri kena ada matlamat yang sama dan jelas dengan matlamat yang ingin ditempa.

Barulah jadi burung yang berfungsi kedua-dua belah kepaknya. Boleh terbang tinggi dan maju ke arah matlamat yang dituju.

Namun seandainya satu kepak gagal menjalankan tugasnya, ia hanya akan menjadi beban saja akhirnya. Sudahlah tak boleh terbang, nak kena usung pula dibawa kemana-mana. Bukan menyenangkan, sebaliknya melambatkan segala urusan.

Jadi bila nak cari pasangan tu, carilah yang ada matlamat yang sama. Kalau cita-cita nak berjalan keliling dunia, carilah pakwe yang kaki travel macam kita.

Tapi kalau cita-cita nak masuk syurga, carilah pakwe yang boleh bimbing kita ke sana. Walaupun sebagai harganya, kita tak dapat jalan-jalan pusing merata, tak dapat gelang nak melawa. Gittew!

Sumber dari  Tuan Bijen Mohd

3 points
Upvote Downvote