Berhenti Dan Tukarlah Perkerjaan Jika Tidak Tahan Dimaki

“Aku tak tahan la asyik kene maki”

407 Views in
Up/Down VoterContent AuthorStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorImage MakerVerified User

Beberapa tahun lepas, kawan saya ada bercerita melalui whatsapp. Katanya dia dah berhenti kerja bank. Saya tanya lah kenapa. Dia kata hidup dia jadi negative sejak dia kerja situ.

Isyk. Lain beno bunyinya

“Kau tahu, hari-hari aku kene maki. Setiap hari entah berapa client maki aku”

Rupa-rupanya kawan saya ni kerja bahagian debt collector. Setiap hari kene buat panggilan pada orang yang berhutang dengan bank tapi tak bayar.

Ooooooo Haruslah kene makan maki hari-hari

“Aku paham la diorang tu tengah stress ke takde duit ke. Tapi aku call sebab diorang jugak buat hutang. Aku tanya baik-baik kot. Nak offer restructuring. Tapi jarang la yang nak dengar. Biasanya kena maki pastu off line”

Ahhhh i seee. Saya masih begitulah. Response sekadar perlu sebab ini fasa ‘listen’.

“Memang its kind of expected aku akan dapat all this cacian tapi lama-lama aku jadi negatif. Perkataan tu semua mcm sebati. Aku jadi down. Seolah-olah aku plak yang berhutang. Kadang aku rasa sedih bila ada yang tetiba meluahkan. Kadang aku rasa zalim sebab diorang kata aku tak faham keadaan diorang”

“Sudahnya aku jadi depress. Jadi takde mood. Rasa kacau bilau dan hari-hari masuk kerja asyik kena bersedia dimaki”

Gila ahhh

Kalau saya maybe tak sampai sehari keje dah resign kot.

So akhirnya kawan saya ni decide untuk berhenti dan cari kerja di tempat lain. Dia pun berkelulusan tinggi. Takat nak cari kerja tempat lain tidak ada masalah dan memang pun, sebab lepas tu dapat je job baru.

Saya memuji tindakan dia. Saya kata baguslah. Rezeki ada dimana-mana dan dia buat tu betul la tu. Sekarang saya pulak wish if ada orang sudi jadi tukang debt collector untuk penghutang2 peribadi saya yang ramai dan semua buat2 lupa ni. Aci tak?

Ok. Ok. Balik pada point

Yang saya nak ulas sini tindakan bagus dia untuk lari dan tak cuba bertahan dalam situasi yang dia tak boleh handle.

Ada orang memang hati batu keras kayu. Kerja tu kerja je la. dah kene maki, lantak la. Ada orang tak tahan kene pressure or maki tak tentu pasal. Darah boleh mendidih dan silap haribulan client tu pulak makan maki.

Saya rasa bersyukur plak sebab tak pernah berkejaya seperti ini. Habis kuat kene kutuk pun bila ada post post viral dan makcik pakcik bawang sibuk cari salah. Setakat ni tidak ada la pulak menganggu emosi saya.

Jadi pepandailah evaluate diri sendiri. Kalau tak tahan, jangan kerja gini

Kalau orang komen kat fb pun tak tahan, jangan berangan nak jadi public figure

Kalau komen biasa pun tak boleh, status letak je utk diri sendiri.

Paling penting jangan jadi menteri

Sumpah dah tentu hari-hari makan maki!

Sumber dari FB Puan Salwa

1 point
Upvote Downvote