in

Wanita perlu diberi peluang lebih besar untuk melangkah ke hadapan – Pewangi

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

BANDAR BARU BANGI: Golongan wanita perlu diberi peluang yang lebih besar dalam dunia perniagaan dan bidang profesional supaya boleh terus melangkah ke hadapan, kata Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif Malaysia (Pewangi) Datin Nabilah Sanusi.

Nabilah berkata, Pewangi tidak berhasrat menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan wanita tanpa sebab tetapi mereka kesal kerana sumbangan wanita seolah-olah tidak dihargai.

Katanya, Pewangi berhasrat membantu golongan wanita supaya dapat berdikari dan mampu berdiri sendiri serta menjadi lebih kreatif dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan, dana dan geran.

“Kami mahu peluang-peluang besar yang baru supaya mereka boleh terus melangkah ke hadapan kerana golongan wanita mampu turut sama menjana ekonomi bukan sahaja untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk negara tetapi dipandang sepi.

“Pewangi ingin membantu semua pihak ini supaya mereka tidak lagi menjadi tangan yang di bawah atau sentiasa mengharapkan bantuan.

“Kami mahu golongan wanita boleh berdikari dan mampu berdiri sendiri dengan menjadi lebih kreatif dalam kehidupan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Katanya, Pewangi mahu menjadi satu platform yang menjadi kumpulan sokongan kepada wanita di seluruh negara untuk berganding bahu membantu antara satu sama lain.

Selain membantu golongan wanita berjaya dalam perniagaan dan kerjaya profesional, Pewangi juga berusaha untuk meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam menyumbang kepada usaha membantu kerajaan membasmi masalah sosial.

“Kami mahu mendidik golongan wanita agar turut sama membantu kerajaan dalam menangani dan membasmi masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat mutakhir ini,” katanya lagi.

Untuk tujuan itu, Pewangi akan menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana bagi mengisi tabung kemanusiaan Syria Care dan golongan gelandangan di negara ini pada pada 27 Julai nanti.

“Sumbangan dari orang ramai ini akan kami berikan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk kewangan, buku sekolah, pakaian dan sebagainya,” katanya.

Ditubuhkan sejak lima tahun yang lalu, Pewangi berusaha untuk menjadi pusat latihan dan hub pengetahuan untuk wanita dalam pemikiran kreatif dan perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.

Pewangi kini semakin mengembangkan sayapnya ke luar negara dan berusaha untuk membantu usahawan tempatan untuk mendapatkan peluang di negara-negara lain.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote