Uber Dalam Proses Membeli Syarikat Penghantar Makanan, Deliveroo

95 Views 58 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Laporan daripada Blomberg Khamis lalu menyatakan Syarikat Uber Teknologi sedang dalam proses membeli syarikat penghantar makanan, Deliveroo.

Sekiranya Uber ingin mendapatkan Deliveroo, mereka perlu membeli Deliveroo dengan nilai lebih tinggi daripada nilai terkini syarikat penghantar makanan itu.

Uber Dalam Usaha Membeli Deliveroo

Deliveroo yang berpangkalan di London itu bernilai 2 billion USD tahun lalu setelah meraih funding sebanyak 98 juta USD dari pelabur-pelabur swasta.

Namun, berapa banyak perjanjian yang akan dibuat Uber untuk mendapatkan Deliveroo masih tidak diketahui ramai. Menurut laporan Bloomberg lagi, usaha Uber kemungkinan gagal atas faktor pelabur-pelabur mereka.

Deliveroo memulakan perniagaan mereka di London pada tahun 2013 dan sejak itu ia telah berkembang ke hampir 11 buah negara lain dan masih dalam usaha memecah masuk pasaran negara lain.

Mereka juga dalam usaha untuk melancarkan IPO namun Deliveroo mengatakan mereka tidaklah terburu-buru untuk melancarkan IPO.

Kedua-dua syarikat itu namun tidak memberi sebarang komen mengenai berita ini.

Sumber: Reuters, Tech In Asia.

Comments