Gambar sekadar hiasan

Website Yang Mempunyai SSL, Gerenti Selamat!

Ini maksud mangga dekat search bar browser rupanya.

277 Views in
Story MakerYears Of Membership

Apa Itu SSL Certificate?

SSL certificate bermaksud Secure Sockets Layer untuk singkatan HTTPS. Biasanya SSL akan terdapat simbol mangga pada URL.

Sumber: blog.getpostman.com

SSL adalah satu teknologi keselamatan standard untuk menubuhkan pautan telah dienkripsikan antara pelayan dan pelanggan seperti pelayan web (laman web) dan pelayar. SSL adalah standard industri dan digunakan oleh berjuta-juta laman web dalam melindungi urus niaga dalam talian mereka dengan pelanggan mereka.

Maksud lain bagi SSL adalah protokol keselamatan yang paling banyak digunakan pada laman web pada hari ini.

Ia pada asasnya adalah protokol yang menyediakan saluran yang selamat (secure connnection) antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman. Dalam dunia internet hari ini protokol SSL biasanya digunakan apabila pelayar web perlu selamat menyambung ke pelayan web melalui Internet yang memang diketahui tidak selamat.

Anda Tahu Apa Fungsinya?

Ianya amat penting terutamanya ketika kita melakukan online banking, membeli-belah secara dalam talian (e-Commerce). SSL ini membolehkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, maklumat akaun bank, dan kata laluan dihantar dengan selamat.

Data yang dihantar antara pelayar dan pelayan web biasanya di dalam bentuk teks biasa yang tidak selamat dan terdedah kepada pencurian. Oleh itu, maklumat kritikal yang dihantar boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak diingini sekiranya mereka berjaya memintas data yang dihantar antara pelayar dan pelayan web.

Sumber: instantssl.com

Perkhidmatan Lain Dan bagaimana SSL Digunakan Hari Ini:

  • Mengurus niaga kad kredit atau pun debit di atas talian. Penggunaan payment gateway.
  • Melindungi login system dan sebarang maklumat sensitif atas talian.
  • Untuk mendapatkan hubungan antara klien e-mel seperti Microsoft Outlook dan pelayan e-mel seperti Microsoft Exchange.
  • Pemindahan fail melalui https dan FTP(s) perkhidmatan seperti pemilik laman web mengemaskini laman baru ke laman web mereka atau memindahkan fail besar/fail peribadi.
  • Permohonan mendapatkan pekerjaan.
  • Untuk mendapatkan trafik berasaskan intranet seperti rangkaian dalaman , perkongsian fail, extranets dan sambungan pangkalan data.
  • Untuk mendapatkan login dan lalu lintas rangkaian rangkaian lain dengan VPN SSL seperti VPN Access Server atau aplikasi seperti Access Gateway Citrix.

Biasanya SSL Certificate akan mengandungi nama domain, nama syarikat anda, alamat anda, bandar anda, negeri anda dan negara anda. Ia juga akan mengandungi tarikh tamat sijil dan butir-butir Pihak Berkuasa Persijilan bertanggungjawab bagi pengeluaran sijil.

Tengok gambar dibawah:

Sumber:sslshopper.com

Ini contoh data maklumat yang anda masuk didalam laman web yang mempunyai sijil SSL. Semasa menekan ‘hantar’ data maklumat anda akan sampai kepada webmaster dengan selamat dan sulit. Jika ada penggodam yang ingin cuba memintas data maklumat anda iaitu, mereka tidak akan dapat data anda dengan betul seperti “f7#E+r” semasa data dihantar.

Sama juga seperti nombor kad kredit, nama, alamat, password yang anda masukkan dilaman web bank, e-dagang dan sebagainya. Semasa melakukan pembayaran dalam talian konsepnya adalah sama.

Jika anda buat online banking atau online shopping tanpa SSL (HTTPS) data maklumat anda tidak sulit dan terdedah kepada sebarang pencerobahan oleh penggodam seperti gambar diatas. Mungkin maklumat anda digunakan oleh penggodam adalah diluar kawalan dan bakal menyusahkan diri sendiri.

Jadi pastikan anda terjamin selamat SEKARANG! Dengan mana-mana pakej SSL yang ada dan anda pasti tidak akan menyesal.

Baru Kali Pertama Nak Pakai Kad Kredit Tapi Tak Yakin? Artikel Ini Untuk Anda:

4 Kelebihan Kad Kredit Yang Ramai Pandang Sebelah Mata