sumber: thestar.com.my

Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Menaiki “Grab” Versi Wanita

Pemandu Dan Penumpangnya Wajib Seorang Wanita, Woho!

1,218 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

RIDING PINK

Saja lah nak kongsi.

Dulu masa Kakda pergi Shaklee Business Leader Conference, Kakda fly dari Kota Bharu ke KL sorang-sorang.

Dipendekkan cerita, Kakda TAKUT naik Grab Car untuk ke rumah kakak di Bandar Tun Hussein On(BTHO).

Sebabkan biasanya driver GRAB mesti LELAKI kan.

So, Kakda cuba Google.
Dan terjumpalah dengan servis dari Riding Pink ni.

Aplikasi Riding Pink dalam Play Store

Driver PEREMPUAN.
Penumpang pun WAJIB PEREMPUAN.
Khas untuk perempuanlah pendek kata.
Untuk keselamatan gitu kan.

Servis dorang ini masih tak berapa meluas agaknya.
Sebab lama jugak duk google cari baru jumpa.

Dulu (February 2018) belum ada Apps untuk booking.
Kakda berhubung dengan team Riding Pink melalui Facebook sahaja.

Tadi saja check tengok dalam Play Store.
Dah ada Apps Riding Pink Passenger.

So, silalah install bagi yang memerlukan servis macam ni.

Semoga perjalanan anda terasa lebih selamat.❤️

***
Haritu Kakda naik Mazda kepunyaan Amoi cantik manes ni. ?

KakDaKongsi

Kakda dan pemandu Riding Pink yang cantik manis.

Riding Pink

  • Servis transportasi wanita pertama di Malaysia yang menggunakan konsep ride-sharing seperti Grab Car dan Uber. Apa yang membezakanya hanyalah pemandu dan penumpangnya wanita.
  • Wanita adalah target pengguna servis ride-sharing Riding Pink ini. Ia telah diasaskan pada Oktober 2016 oleh Denise Tan, seorang wanita yang full time bekerja sebagai surirumah, woho!
  • Kata Denise salah satu sebab utama yang mendorong beliau adalah apabila ahli keluarga beliau yang telah dirompak semasa menggunakan pengangkutan awam.
  • Tambah beliau lagi, kawan-kawan wanita beliau memberitahu mereka diganggu oleh pemandu-pemandu yang telah memperoleh nombor telefon peribadi mereka. Faktor keselamatan dan privasi wanita adalah pendorong utama beliau mengasaskan Riding Pink.

Coretan ringkas berkenaan Riding Pink ini telah dikongsikan Puan Ida Chalo di laman Facebooknya.

Jadi buat yang susah nak percaya dengan lelaki asing untuk jadi pemandu di jalan raya macam Kakda ini, boleh belek-belek aplikasi Riding Pink ini.

BACA JUGA:

Mengintai Dari ‘Pintu Kaca’ : Jom Stalk Bakal Majikan Anda!

11 points
Upvote Downvote