Venezuela Akhirnya Secara Rasmi Melancarkan Mata Wang Kripto Negaranya, Petro

Rakyat Venezuela Dipaksa Menggunakan Petro Bagi Memperbaharui Pasport

375 Views in
Story MakerYears Of Membership

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi mata wang kripto, Petro. Dalam perkembangan susulan, kerajaan Venezuela berkata bayaran untuk pasport perjalanan kini akan dibuat dalam Petro.

Sumber

Jualan Petro Dibuka Kepada Orang Awam Bermula November 2018

Menurut RT News, penjualan awam Petro bermula pada 5 November 2018, lebih daripada lapan bulan selepas pra jualannya pada Februari 2018. Bagi Presiden Maduro, mata wang kripto yang dikeluarkan oleh kerajaan merupakan tindakan yang penting dari rancangan pemulihan ekonomi pentadbirannya.

Dalam tweetnya baru-baru ini, presiden Venezuela tersebut menyifatkan pelancaran Petro merupakan satu usaha sebagai memperkuat ekonomi negara. Beliau juga berkata bahawa mata wang kripto yang kontroversi tersebut boleh menyebabkan perubahan paradigma dalam tokenomik global. Menurut Presiden Maduro, Petro akan menerapkan bentuk baru pertukaran, perdagangan, dan kewangan.

Sumber

Petro dilaporkan disokong oleh sumber mineral negara itu, termasuk minyak mentahnya. Ketika pertama kali diumumkan,

setiap unit Petro dikatakan disokong oleh satu tong daripada anggaran lima juta simpanan minyak mentah Venezuela, yang merupakan terbesar di dunia.

Kerajaan Venezuela Mengarahkan Rakyatnya Supaya Membayar Pasport Perjalanan Menggunakan Petro

Dalam perkembangan yang berkaitan, Venezuela yang ingin mendapatkan pasport perjalanan kini perlu membayar menggunakan mata wang kripto yang dikeluarkan oleh kerajaan itu. Langkah ini nampaknya satu lagi percubaan untuk meningkatkan status Petro sebagai mata wang kripto yang sah di negara tersebut. Pada pertengahan April, Presiden Maduro mengarahkan semua institusi kerajaan untuk menerima Petro.

Sumber

 

Menurut South China Morning Post, pasport perjalanan kini menelan kos dua Petro (AS$ 115 atau 7,200 bolívar). Jumlah ini kira-kira empat kali ganda gaji minima negara itu, menjadikannya satu lagi halangan bagi rakyat Venezuela yang ingin membebaskan diri daripada krisis ekonomi yang melanda negara mereka. Gaji minimum rakyat Venezuela adalah sekitar AS$3 sebulan, sukar untuk rakyat negara itu membeli Petro dalam jumlah yang besar.

Tiada Bukti Kewujudan Petro

Walaupun kerajaan cuba untuk menyerlahkan utiliti untuk sistem mata wang kripto negara, pengkritik mengatakan bahawa tidak ada bukti tentang kewujudan Petro di Venezuela.

Bercakap kepada BBC baru-baru ini, Alex Tapscott dari Blockchain Research Institute mengatakan tidak ada sebarang tuntutan kerajaan mengenai mata wang kripto yang menepati maklumat yang ada dalam industri ini. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tapscott berkata:

Kerajaan mengatakan setiap unit petro disokong oleh simpanan minyak mentahnya, tetapi kami tidak menjumpai apa-apa bukti yang dapat menyokong kenyataan tersebut. Hanya terdapat sedikit maklumat teknikal tentangnya.

Sumber: bitcoinist

Like dan follow Facebook rasmi Trendniaga di sini untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai berita bisnes dan ekonomi semasa dunia.

Baca Artikel Berkaitan: | ‘Matawang Crypto Terbaik’, Kazuki Coin Dimasukkan Bank Negara Dalam Senarai Amaran Kepada Pengguna Kewangan | Apa Itu Mata Wang Kripto? Berikut Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu |