Pemandu Teksi Nagoya Bakal Terima Uber

Kumpulan Syarikat Teksi Fuji Bentang Tikar Buat Uber

141 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Setelah dihalang beberapa kali untuk melancarkan perkhidmatan ride-sharing mereka sendiri di Jepun, Syarikat Uber Teknologi mengambil langkah bekerjasama dengan Kumpulan Teksi Fuji yang sudah beroperasi 60 tahun di Nagoya.

Mereka sedang bekerjasama untuk membangunkan aplikasi ride-sharing untuk para pemandu teksi di bandar Nagoya itu. Kumpulan Teksi Fuji itu sudah pun beroperasi selama 60 tahun di bandar Nagoya, Jepun.

Uber telah bekerjasama dengan Kumpulan Teksi Fuji yang berpusat di Nagoya. Persaingan di kalangan syarikat teksi dijangka bertambah baik.

Uber mengumumkan berita itu setelah memberitahu projek ride-sharing pemandu teksi yang dilancarkan Uber di Kepulauan Awaji sebelum ini hanyalah projek pilot mereka. Kepulauan Awaji mempunyai penduduk hampir mencecah 150 000 orang, pulau itu terletak berdekatan Osaka.

Uber gagal untuk melancarkan aplikasi ride-sharing penuh mereka atas faktor regulasi setempat yang menghalang pemandu yang tidak mempunyai lesen untuk membawa penumpang berbayar.

Selain itu, Toyota Motor Corp yang berpangkalan berdekatan Nagoya telah mengumumkan untuk melabur $500 juta USD dalam kerjasama mereka membangunkan kereta self-driving bersama Uber.

Kesepakatan mereka dalam mempertingkatkan hubungan sedia ada turut mencerminkan strategi CEO Uber, Dara Khosrowshahi untuk membangunkan self-driving car melalui kerjasama.

BACA JUGA:

Lihat Bagaimana ‘Gila’ Hari Pertama Pembukaan Ikea Di India

13 points
Upvote Downvote