bisnes kontraktor
Gambar: Unspash.com

7 Tips Untuk Berkembang Dan Kekal Lama Dalam Bisnes Kontraktor

Tips Yang Juga Boleh Diguna Pakai Usahawan Industri Lain

782 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Ada banyak cara untuk berkembang dan kekal lama dalam bisnes kontraktor. Saya kongsikan 7 tips dahulu.

1. Jalankan Perniagaan Dengan Pengurusan Yang Baik

Fahami apakah bentuk pematuhan semasa menjadi kontrakor. Bentuk sistem niaga yang teratur. Paling bagus bila ada SOP.

2. Kawal Perkara Dalaman

Sentiasa pantau dan periksa prestasi jualan dan prestasi projek. Pastikan unjuran tunai dalam zon sihat. Dapatkan TESTIMONIAL pelanggan. Itu dapat beritahu apa pelanggan suka atau sebaliknya tentang kita.

3. Pastikan Senang Dihubungi Pelanggan

Tidak kira sama ada melalui telefon, email atau alamat pejabat. Jangan terlalu kerap menukar nombor telefon. Ia akan hilangkan kepercayaan yang dibina.

4. Sentiasa Ada Strategi Dan Taktik Dalam Membuat Marketing

Setiap sen yang dilaburkan mestilah dikira pulangannya. Ketahui sasaran dan segmen pelanggan agar berbaloi masa, tenaga dan wang ringgit yang digunakan untuk memikat mereka.

5. Ikat Perut Dan Ikat Nafsu

Waktu hendak berkembang banyak wang akan digunakan. Usah terlalu bergantung kepada bayaran pelanggan. Ada masa bila bayaran lambat diterima, tunai ditanganlah yang perlu ada untuk teruskan operasi harian.

6. Buang Minda Towkay

Semua benda pun mahu buat. Nanti siapa yang mahu kembangkan perniagaan? Upah staf untuk buat kerja-kerja kecil yang makan banyak masa kita. Cari yang berbakat dan berkemahiran tinggi.

7. Usah Rasa Rendah Diri Bila Dilabelkan Kontraktor Kecil

Usah juga berbelanja besar mahu kereta mewah dan ofis cantik hanya kerana mahu dilihat besar pada pandangan mata pelanggan.

 

Begitupun bila tiba masa, usah gentar untuk berenang dalam lautan besar pula.

Tips ini telah dikongsi oleh Puan Mahanom Mohammad di laman Facebook peribadi beliau buat usahawan dalam industri pembinaan. Beliau merupakan penulis, speaker dan juga kontraktor di Emartech Resources Sdn Bhd. Antara buku hasil nukilan beliau ialah Nota Kontraktor dan Kontraktor Jalanan.

Terima kasih Puan Mahanom kerasa sudi untuk kami kongsi tips-tips bernas beliau di Zine.my. Jemput juga untuk pembaca TrendNiaga follow Facebook rasmi kami di sini untuk mengikuti perkembangan lain sekitar dunia perniagaan dan perusahawanan setempat dan global.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

6 Tips Bisnes Percuma Buat Usahawan Zaman Sekarang