Tips Asas Pelaburan: The Lindy Effect

247 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

The Lindy Effect kebiasaannya digunakan untuk meramal potensi jangka hayat sesuatu teknologi. Jangka hayat manusia yang telah lama hayatnya di bumi, maka secara automatik kebarangkalian manusia itu untuk mati adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengat orang yang muda usianya.

Tetapi lain pula undang-undang yang terpakai untuk sesuatu teknologi itu. Semakin lama sesuatu teknologi itu telah wujud, semakin kurang kebarangkalian ia untuk luput. Hal ini kerana teknologi membina momentum dengan semakin banyak teknologi baru yang lain yang dibina sekitar teknologi yang lama itu.

Antara yang boleh diambil contoh buat pembaca TrendNiaga ialah teknologi seperti komputer riba, telefon bimbit, Windows, MacOs. Daripada software sehinggalah ke hardware sendiri, saban tahun pelbagai teknologi baru yang dikeluarkan pelbagai syarikat yang menghasilkannya.

Hal ini kerana, teknologi itu nanti akan menjadi sebati dengan kehidupan seharian seseorang, dan paling kurang pun ia akan bertahan berdekad lamanya dalam kehidupan seseorang. Malah faktor budaya sesuatu kawasan juga memainkan peranan.

Sebagaimana sesuatu teknologi itu mengambil masa yang lama untuk kekal wujud dan relevan dalam kehidupan manusia, begitu jugalah ia akan mengambil masa untuk pergi hilang terus daripada kehidupan manusia.

Sekiranya ada yang masih masih belum faham dengan apa itu Lindy Effect, hadam video pendek di bawah ini sebentar. Inshaallah anda tak akan lupa apa itu Lindy Effect.

 

Sekiranya anda ingin mengetahui perkembagan atau artikel terbaru daripada TrendNiaga, boleh like kami di Facebook fanpage rasmi kami di sini.

Sumber Video: Safal Niveshak

DAH DENGAR TIPS HIDUP TANPA ROPOL? HAA ARTIKEL DI BAWAH UNTUK ANDA.

10 Prinsip Hidup Tanpa Ropol Anda Perlu Tahu