in ,

Tiga Anak Melayu Cipta Nama Sebagai Usahawan ‘Ganja’ Di UK

Kalau Di Malaysia Sah Kena Gantung!

Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

usahawan ganja Malaysia

Hemp vs Marijuana

GANJA atau mat saleh panggil kannabis ni ada banyak spesis, antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Protonlah ada Wira, ada Perdana, ada Pesona.

Yang Hemp ni satu dunia tengah perkatakan kerana mempunyai kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan.

Hemp ini kau nak hisap sekilo pun tak akan mendatangkan khayal, euphoria, lalok dan sebagainya.

Hemp Bebas THC

Tak seperti marijuana yang ada bahan kimia THC (Tetrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang pengamalnya mengalahkan Bob Marley bila menghisapnya.

Sayangnya di Malaysia ia masih dikategorikan sebagai dadah berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja.

Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri. Hemp mengambil masa 3 bulan untuk ‘harvest’ dan marijuana pula mengambil masa 7-8 bulan untuk bunganya matang.

Ketinggian Hemp boleh mencecah sehingga 15 kaki tinggi manakala marijuana amat jarang yang boleh sampai 5 kaki tinggi, kedua-duanya tidak boleh coexits.

Alhamdulillah, salah seorang dalam group friendlist penulis, saudara Maszeli Mohammad Wee adalah seorang sarjana dari Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam tesisnya. Beliau sendiri sering ulang-alik ke Bukit Aman mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah ‘sekelumit’ ilmu mengenai Hemp yang di’korek’ dari hasil tulisannya.

Baik itu satu hal.

Yang ini lagi rare.

Tahukah anda, di UK sekarang ada tiga orang anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam ‘bisnes ganja’ ini?

Tetapi macam penulis bagitahu awal-awal tadi, mereka bukan jual marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu.

Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK).

 

Menurut beberapa portal yang dibaca, syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia ini iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, kini antara 300 buah syarikat besar di Eropah yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.

Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa.

Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.

Tak nak cerita lebih-lebih pasal perniagaan diaorang itu nanti tak pasal-pasal kena tuduh dibayar taukeh ganja nak promote barang mereka di FB penulis pula.

Kesimpulannya

Dah tiba masanya semua pihak, daripada yang membuat dan menggubal undang-undang, Kementerian Kesihatan, pihak enforcement, saintis-saintis dan semua yang berkenaan SEGERA DUDUK dan buat satu ketetapan dengan segera berhubung status Hemp ini agar dipenghujungnya kita dapat membuat rumusan mengenai hal ini.

Ingat, hukuman mengenai dadah di negara kita sangat ketat hingga boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Jangan sampai ada nyawa yang tak berdosa melayang hanya disebabkan kegagalan kita membezakan mana intan mana permata, mana ganja yang lalok dan mana ganja yang berguna!

Wallahualam.

Penulisan ini adalah hasil coretan tuan Syahril A. Kadir, seorang bekas senior crime reporter Utusan Malaysia. Beliau sekarang bergerak sebagai penulis freelance dan banyak berkongsi pandangannya mengenai isu-isu semasa di laman Facebook peribadinya.

Jangan lupa untuk follow Facebook Trendniaga untuk perkembangan terkini mengenai trend perniagaan, teknologi dan pelaburan global dan setempat.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

13 Kesalahan Yang Menghalang Kejayaan Orang Melayu – Tun Mahathir