Teknik Tutup Syarikat Sendirian Berhad Tanpa Kos

2,270 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Buat pengetahuan pembaca Trendniaga sekalian, syarikat sendirian berhad akan terus menerus wujud biarpun apa jua perkara berlaku kepada pemiliknya. Ia turut akan terus hidup biarpun kesemua pemilik syarikat itu meninggal dunia.

Syarikat ini kan akan terus wujud melainkan satu proses penutupan dilakukan terhadapanya sama ada di SSM atau pun Mahkamah.

Perkongsian oleh Pengarah Kewangan Majalah Niaga, Syahira Ibrahim di laman facebook peribadinya yang telah merungkai teknik-teknik khas bagaimana caranya untuk menutup syarikat sendirian berhad tanpa kos. Jadi jom sama-sama kita cedok rahsianya.

Ada antara usahawan yang jumpa saya minta pendapat untuk tanya jika ada cara lain tutup syarikat sebab bisnes tiada income dan tak mampu untuk teruskan komitmen menjaga ‘sdn bhd’.

Untuk tutup syarikat, bila kita rujuk pada sekretari syarikat akan ada beberapa bayaran yang akan dikenakan: Perlu buat pengurusan akaun, kos penutupan (winding up), dan langsaikan semua outstanding balance dengan sekretari syarikat, dimana akan menelan kos ribuan ringgit.

Jadi saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengeluarkan nama anda dari syarikat tersebut supaya anda tidak lagi terikat dengan SSM atau badan2 kerajaan lain yang terlibat.

1. Mencari buyer/pemilik baru syarikat yang anda telah tubuhkan.

Ada buyer yang perlukan syarikat lama disebabkan ‘tahun’ instead of syarikat yang baru ditubuhkan.

Jika paid up capital tinggi lebih mahal syarikat itu boleh dijual. Jika ada any lesen juga boleh letak harga lebih mahal.

Jadi pemilik baru ini akan membeli syarikat dengan harga yang kita tetapkan, pastikan harga            yang kita letakkan munasabah. Kita boleh masukkan sekali kos penukaran nama director &              shareholder, outstanding balance dan sebagainnya.

 2. Boleh minta sekretari syarikat carikan buyer with or without price.

Maksudnya serahkan saja pada sekretari syarikat untuk mereka cari buyer tanpa ambil untung asalkan nama kita keluar, tapi pastikan sekretari syarikat tersebut setuju.

Jangan pelik jika ada sekretari tidak setuju untuk menerima permohonan ini, kerana cara ini melibatkan negosasi dan tolerance dari sekretari syarikat tersebut.

p/s: Jangan buka syarikat kerana orang lain, tahu kemampuan bisnes kita dan pastikan kita bersedia dengan kos-kos maintenance. #tippersyarikatan #majalahniaga #theprotege