Sumber; TechGenez.com

Tauke Razer Bakal Peruntukkan RM10 Juta Lagi Untuk Industri E-Sukan Malaysia

Pemain Utama Industri Sahut Seruan Syed Saddiq #Belanjawan2019

299 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Semalam bermulanya pembentangan Belanjawan2 019 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat. Ia adalah antara ucapan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia setelah berlakunya peralihan kuasa kerajaan Mei lalu.

Dan antara intipati Belanjawan 2019 semalam ialah berkenaan industri E-Sukan. Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC).

MDEC adalah satu institusi bawah kerajaan yang berusaha untuk membangunkan Malaysia sebagai global digital hub serantau.

Usaha ini adalah bagi membangun dan menggalakkan E-Sukan, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisisan dan pemaju permainan digital.

Lihat video ini buat pembaca TrendNiaga yang terlepas lintas lantus #Belanjawan2019 semalam.

 

Kerajaan akan berusaha untuk menjadikan E-Sukan ini salah satu industri yang menguntungkan. Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq kemudiannya menghantar satu tweet berkenaan peruntukan kerajaan untuk melabur RM10 Juta itu di lama peribadinya.

Dalam tweet itu beliau turut menggesa pemain utama industri E-Sukan untuk turut sama melabur di Malaysia bagi merealisasikan impian kerajaan ini.

Tweet itu mendapat sambutan sangat baik, apabila CEO Razer, Min-Liang Tan menyahut seruan Syed Saddiq dan bersetuju untuk melabur RM10 juta lagi untuk industri E-Sukan Malaysia, woho!

Lihat gambar di bawah kalau masih ada yang tidak percaya huhu.

Kalau anda seorang gamers pasti biasa dengar dengan jenama Razer kan. Razer adalah satu brand atau syarikat pengeluaran barang hardware gaming dunia. Min-Liang Tan adalah seorang rakyat Singapura yang juga merangkap CEO Razer sendiri.

Gambar: Razer.com

Ini adalah satu berita yang sangat positif untuk industri E-Sukan Malaysia apabila pemain utama industri ini sendiri dengan murah hati ingin melabur RM10 juta di Malaysia. Tahniah buat industri E-Sukan Malaysia.

Kita lihat apa agaknya yang bakal laksanakan Razer di Malaysia mulai tahun depan. Sama-sama nantikan.

Follow dan Like Facebook rasmi Trendniaga untuk mengikuti berita atau tips-tips perniagaan dan pelaburan global dan tempatan.

TAK FAHAM APA ITU MAKSUD SSL? ARTIKEL INI UNTUK ANDA:

Website Yang Mempunyai SSL, Gerenti Selamat!

6 points
Upvote Downvote