daftar sst

Tak Tahu Perniagaan Anda Perlu Daftar SST Atau Tidak? Cikgu Cukai Sedia Membantu

Selamat Tinggal GST, Selamat Datang SST

820 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Kusut kepala memikirkan perniagaan anda perlu daftar SST atau tidak? Tenang usahawan, kami di Trendniaga akan cuba membantu para usahawan dalam selok-belok cukai SST yang baru sahaja berkuatkuasa 1 September 2018 lepas.

Artikel berkenaan SST kali ini adalah hasil coretan seorang pakar cukai, Zurianee Zabidi yang banyak berkongsi mengenai ilmu cukai di laman media sosialnya. Jom cedok ilmu SST yang betul dari orang yang celik mengenai cukai ini.

Memandangkan ramai yang tanya mereka kena daftar atau tak SST ini. Jadi saya buat penjelasan ringkas supaya kita faham kita di situasi yang mana. SST atau nama panjangnya sales & service tax. Juga dikenali sebagai single stage tax.

Perkara pertama kena faham adalah SST merangkumi 2 jenis tax iaitu:

1. Sales tax – 5% atau 10%
2. Service tax – 6%

Threshold untuk SST sama macam GST iaitu Sales RM500,000 dan ke atas setahun. Determine by future method atau historical method. Maksudnya kalau sales kita dah capai RM500,000 maka wajib lah berdaftar dengan SST

Kecuali bagi food and beverage (F&B), untuk industri ini threshold dinaikan kepada RM1,500,000 setahun.

Bagaimana Mahu Mendaftar SST?

Sesiapa yang memang dah pernah berdaftar dengan GST dan kalau jenis perniagaannya layak untuk dia berdaftar maka, pihak kastam akan menghantar emel kepada kita. Ini bagi yang memang sudah mendaftar dengan kastam untuk GST.

Layak bermaksud:

A) Dia merupakan pengeluar (kilang) / manufacturer.
B) Dia mejalankan perniagaan perkhidmatan yang tersenarai dalam senarai kastam.
C) Mencapai threshold RM500,000 atau RM1,000,000 untuk food & beverages(F&B).

Tapi memandangkan terlalu lah ramai juga yang berdaftar untuk GST, maka mungkin pihak kastam tersilap. Kita tak layak pun sebenarnya, tapi kita didaftarkan untuk SST. Jadi silalah ke pejabat kastam untuk didaftarkan.

Atau mungkin kita layak, tapi kita tidak ada terima apa-apa notifikasi dari pihak kastam, maka silalah daftar di laman sesawang mysst untuk mendaftar.

  • Tarikh berkuat kuasa adalah 1 September 2018.
  • Sekiranya sehingga 31 Ogos 2018 masih lagi belum menerima apa-apa notification dari kastam, pendaftaran masih boleh dilakukan sehingga 30 September 2018. Dan boleh berkuatkuasa charge client pada 1 Oktober 2018.
  •  Submission akan dilakukan dua bulan sekali.

A) Bagi yang dah berkuatkuasa September 2018

Untuk SST bulan September 2018 dan Oktober 2018 akan mula dihantar pada November 2018.

B) Bagi yang baru mendaftar, atau berkuatkuasa Oktober 2018

Untuk bulan Oktober 2018 dan November 2018 haruslah dihantar pada December 2018. Begitulah pada bulan-bulan seterusnya. Bagi yang dah mendaftar tak perlu lagi keluarkan “Tax Invoice”. Hanya perlu keluarkan invoice biasa dan masukkan sekali jumlah SST.

Bagi wholeseller, retailer atau mereka yang tak layak mendaftar. Invoice macam biasa. Tiada nilai cukai. Tapi logiknya harga tu mesti dah absorb sales tax yang manufacturer charge kan?

Jangan sedih-sedih. Jangan marah-marah. Memang ada pekara yang diluar kawalan kita. Meroyan pun tak dapat apa. Jom sama-sama kita usaha dan berdoa semoga perniagaan kita semakin sukses dan Allah luaskan rezeki kita.

Kalau rasa bermanfaat boleh kongsikan dengan kawan-kawan yang masih keliru ya.

Terima kasih buat pembaca yang sedia membaca sehingga penghujung artikel, jangan lupa like dan follow Facebook rasmi Trendniaga di sini untuk perkembangan lanjut mengenai trend bisnes semasa dunia dan banyak lagi tips-tips berguna.

Sekiranya anda ada ingin berkongsi artikel anda yang berkaitan Trendniaga, jangan lupa sign up di laman sesawang Trendniaga dahulu kemudia mula menulis sambil jana pendapatan sampingan.

VIRAL MINGGU INI:

Apa Itu Sales & Service Tax (SST)?

13 points
Upvote Downvote