kenalpasti target audience anda
in

6 Soalan Mudah Untuk Kenalpasti Target Audience Anda

341 Views
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Banyak orang muda memulakan bisnes dengan main agak-agak sahaja siapa yang menjadi target market mereka.

Orang buat produk, kita pun buat produk.

Situasi begini mencipta suatu fenomena yang disebut “solusi mencari-cari problem.”

Pada masa ini banyak orang muda sudah mempunyai produk sendiri, tetapi mereka tidak tahu dengan spesifik kepada siapa produk itu mahu dijual.

Berlambak-lambak dalam pasaran produk-produk keluaran orang muda. Kebanyakannya tidak bergerak.

Andai kata kita mengeluarkan produk teh yang diperbuat daripada daun peria katak yang banyak khasiatnya itu, kepada siapakah teh itu mahu dijual?

Bagaimanakah caranya kita mahu memujuk supaya orang mahu membeli teh daun peria katak kita itu?

Situasi beginilah yang menyebabkan banyak orang muda membakar duit bagi mengeluarkan produk yang kemudiannya tidak dapat dipasarkan.

Sebelum kita membakar duit modal bisnes, kita mesti tetapkan dengan spesifik siapa sebenarnya yang menjadi target market kita.

Beginilah langkah-langkah kita menetapkan siapa target market kita:

1. Mula-mula sekali tetapkan apakah masalah yang kita cuba selesaikan. Kemudian tetapkan siapa yang sekarang ini mempunyai masalah itu.

Bisnes adalah menjual solusi. Orang ada masalahnya. Kita jual solusinya kepada mereka.

Teh daun peria katak kita itu menyelesaikan masalah apa? Masalah siapa?

Apakah masalah mereka itu benar-benar memerlukan solusi yang kita akan jual kepada mereka?

Sanggupkah mereka itu membeli solusi yang kita akan jual kepada mereka?

2. Senaraikan semua golongan yang mempunyai masalah seperti itu. Pecahkan mereka ke dalam kumpulan-kumpulan.

Banyakkah kumpulan mereka itu?

Jika kumpulan mereka itu banyak, apakah perbezaan antara kumpulan-kumpulan itu?

Siapa-siapakah mereka? Banyakkah jumlah mereka dalam tiap-tiap kumpulan itu?

Di manakah mereka berada? Bagaimanakah caranya mereka itu dapat membeli solusi kita?

Apakah mereka mampu membeli solusi yang kita jual kepada mereka?

3. Kenalpasti dengan lebih tepat customer mana yang benar-benar memerlukan solusi kita. Jangan main sangka-sangka sahaja.

Apakah problem mereka itu sangat serius dan mereka mengalami kesusahan jika mereka tidak membeli solusi kita.

Apakah selama ini mereka sudah mempunyai solusi lain kepada problem mereka?.

4. Kita sekarang berada dalam ekonomi niche market.Cuba pecahkan target market kita kepada kumpulan yang lebih khusus dan lebih kecil.

Ini namanya niche market.

Jangan cuba menjual produk kita kepada semua orang. Itu marketing zaman dulu. Itu bisnes cara old skool.

Dalam kumpulan, ada sub-sub-kumpulan. Masing-masing sub-kumpulan mempunyai masalah yang tersendiri. Masing-masing memerlukan solusi tersendiri.

Ingat, dalam ekonomi era sekarang, adalah lebih bijaksana kita menjadi ikan besar yang bermaIn di dalam tasik kecil.

5. Cuba tetapkan apakah kita memiliki kepakaran yang amat diperlukan oleh niche market kita itu.

Apakah mereka sanggup membayar bagi mendapatkan kepakaran kita? Berapakah yang mereka sanggup bayar?

6. Cuba buat kajian apakah sudah ada pemain-pemain lain dalam niche market yang kita pilih? Mereka itulah pesaing kita.

Apakah kelebihan solusi yang kita tawarkan dibandingkan dengan solusi dari pesaing kita?

Dapatkah produk kita bersaing dengan produk-produk keluaran pesaing kita?

Macam mana dengan tips yang dikongsi oleh Puan Ainon Mohd Rasmi dia Facebooknya untuk kenalpasti target audience? Senang sahaja kan, jadi mula membuat analisa dengan bijak dahulu sebelum mula memilih atau mengeluarkan sebarang produk untuk dijual.

Tengok orang berjaya jual produk itu, anda pun nak turut sama. Tapi silap anda main lompat sahaja tak buat analisa teliti mengenai pasaran produk yang anda ingin jual itu. Maka tersemat indahlah produk-produk itu didalam stor rumah anda sahaja huhu.

Kalau anda ikut 6 langkah mudah daripada Puan Ainon ini untuk mengenali dengan spesifik siapa pembeli anda, kami di Trendniaga yakin ia akan memudahkan perjalanan perniagaan anda dengan objektif yang lebih jelas.

Baca juga: Design Baju Anda Diciplak? Ikut 3 Langkah Ini.