Wayang Terbesar Thailand Bakal Terima Bitcoin

Rangkaian Wayang Terbesar Thailand Bakal Terima Bitcoin

260 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Rangkaian wayang terbesar Thailand, Major Cineplex bakal terima Bitcoin sebagai pembayaran. Mereka sedang membina ekosistem pembayaran digital dalam negara itu dengan kerjasama syarikat pembayaran Swiss, Rapidzpay, mengikut laporan Nation Multimedia.

Major Cineplex telah dibina pada tahun 1995. Berdasarkan laman sesawang rasminya, syarikat itu memiliki hampir 143 wayang di seluruh Thailand. Syarikat itu memilik 678 skrin wayang termasuk 9 di Laos, 7 di Cambodia dan sedang merancang untuk menambah sehingga 1000 skrin menjelang 2020 menurut laporan Forbes, May lalu.

Dengan wujudnya sistem pembayaran crypto ini, pelanggan Major Cineplex dibenarkan untuk membeli produk dan menggunakan servis mereka seperti popcorn dan tiket wayang.

Thailand sekarang ini sedang giat meregulasi perniagaan-perniagaan berasaskan matawang digital. Minggu ini sahaja, Thailand mula menerima permohonan lesen daripada operator-operator mata wang digital. 

Kumpulan Syarikat Major itu dan Rapidzpay memeterai perjanjian kerjasama mereka di Paragon Cineplex, yang terletak di salah sebuah pusat beli belah terkenal di Bangkok, Siam Paragon.

Peniaga boleh menggunakan sistem Rapidzpay untuk menerima wang fiat atau mata wang digital. Major dan Rapidzpay akan mengintegrasikan pembayaran kriptokurensi ke dalam gerbang pembayaran yang sedia ada untuk menjadikankan produk dan perkhidmatan utama lebih lancar, selamat dan cekap.

Walaupun Major Group belum mengumumkan kriptokurensi yang akan diterima mereka, kriptokurensi yang telah disokong dalam aplikasi iOS dan Android Rapidzpay setakat ini adalah BTC, BCH dan LTC.

Menurut laporan Nation, Chanya Tamrongweenichai, pengarah pemasaran Major Cineplex Group berkata,

“Rapidzpay akan berkembang ke perniagaan kami yang lain dan memimpin perubahan ekosistem kewangan Thailand ke arah cashless.”

Berita dari jiran seberang ini pastinya satu berita gembira buat pengguna-pengguna kriptokurensi seluruh dunia yang ingin berkunjung ke Thailand. Tak payah pening-pening nak keluar duit kertas atau syiling, tinggal bawa telefon bimbit masing-masing sahaja kalau nak pergi wayang di sana.

Apa pendapat anda tentang perkembangan kriptokurensi di Thailand, satu impak positif buat industri kriptokurensi negara-negara Asia Tenggara atau sebaliknya? Jangan lupa tinggalkan komen dan pendapat anda di bawah.

Baca juga: Fahami Teknologi Disebalik Bitcoin Dalam 2 Minit.

13 points
Upvote Downvote