Temuduga kecerdasan buatan pertama

Rafizi Ramli Lancar Platform Temuduga Kecerdasan Buatan (AI) Pertama Di Malaysia

461 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Pada tanggal 14 haribulan Februari 2019, Rafizi Ramli telah menaikkan posting di laman Facebook beliau mengenai satu website temuduga yang pertama di Malaysia menggunakan sistem Artifical Intelligence(AI).

Masalah Pengangguran Semakin Meruncing

Rafizi bersama-sama sekumpulan saintis data (data scientist) dan jurutera perisian (software engineers) telah menumpukan usaha membangunkan satu perisian yang mempunyai kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) sejak bulan September 2018 lagi katanya.

Gif sekadar hiasan hihi

Usaha ini adalah bagi membantu menyelesaikan masalah pengangguran dan pembangunan modal insan (human capital) yang semakin meruncing di negara ini.

Masalah Utama Dikenalpasti:

  1. Syarikat-syarikat SME sukar mendapat tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan mereka. Calon-calon (yang memohon melalui portal kerja sedia ada) kebiasaannya tidak memenuhi syarat-syarat latar belakang pendidikan atau kemahiran, di samping calon-calon yang baik tidak mahu memohon bekerja dengan SME.
  2. Calon tidak mendapat maklumat yang mencukupi mengenai kekosongan yang ada dalam pasaran kerja. Akibatnya, mereka saling memohon kepada beberapa kekosongan dari syarikat-syarikat besar atau jawatan kerajaan yang menyebabkan persaingan menjadi terlalu sengit.
  3. Calon tidak mendapat latihan yang sebaiknya sebagai persediaan menyertai pasaran kerja. Prestasi temuduga mereka boleh diperbaiki dan mereka tidak boleh mengagak keperluan pasaran kerja. Malangnya, tidak ada sebarang sistem yang boleh memberi maklum balas terus kepada mereka secara berterusan untuk menambahbaik kebolehpasaran mereka.

Bina Sistem Kecerdasan Buatan(AI), Adnexio

Mengambil kira keperluan-keperluan mendesak ini, Rafizi dan pasukannya mengambil jalan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk membangunkan satu sistem yang menyelesaikan masalah yang dikenalpasti

Gerak sebagai satu pasukan ya!

Mereke menamakan sistem itu sebagai Adnexio. Ia boleh digunakan bermula hari ini dengan melayari www.adnexio.my. adnexio bermakna “menghubungkan” dalam bahasa Latin, bagi menggambarkan kebolehan sistem AI ini yang menghubungkan majikan dan pencari kerja.

Adnexio merupakan satu ekosistem yang menghubungkan majikan dan calon-calon pencari kerja. Calon-calon akan melalui temuduga dengan seorang yang bernama NEX melalui sistem ini.

NEX, Pegawai Sumber Manusia Masa Depan 

NEX adalah satu ciptaan kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang dilatih untuk menjalankan temuduga dengan ratusan ribu calon dan mengenal pasti ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan. Ia akan berfungsi seperti seorang pegawai sumber manusia yang bertanggungjawab dalam:

a) Mencari calon.
b) Menyemak kelulusan calon.
c) Menilai pengalaman kerja dan kemahiran calon.
d) Menjalankan ujian personaliti ke atas calon.
e) Menjalankan temuduga secara atas talian (online interview) dengan calon.

Bakal Pangkalan Data Kecerdasan Buatan Terbesar Malaysia

Selepas melalui proses temuduga atas talian dengan NEX, calon akan diberikan satu laporan prestasi  yang mengandungi markah dan kedudukan (ranking) calon berbanding calon-calon lain.

Hasilnya adnexio mempunyai satu pangkalan data yang lengkap mengenai calon-calon di dalam pasaran kerja mengikut latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, tahap personaliti, mutu kepimpinan dan prestasi temuduga.

Apabila majikan mengiklankan kekosongan kerja secara percuma menggunakan platform ini:

1) NEX akan memadankan setiap kekosongan kerja dengan calon-calon yang mempunyai kedudukan (ranking) paling tinggi (kerana latar belakang pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja dan lain-lain ciri adalah sepadan dengan kehendak majikan).

2) Majikan akan diberikan pilihan (antara tiga hingga tujuh calon-calon terbaik) untuk dipertimbangkan. Ini memudahkan majikan kerana kesemua permohonan dari keseluruhan pasaran kerja (bukannya dari calon yang memohon terus) telah disemak dan ditapis.

3) Hanya calon-calon terbaik dari keseluruhan pasaran kerja yang berada di dalam sistem adnexio yang dicadangkan kepada majikan.

4) Apabila majikan memilih calon-calon yang dicadangkan oleh NEX, keputusan itu membantu NEX mempelajari (melalui kaedah machine learning) ciri-ciri yang membolehkan seorang calon mendapat pekerjaan.5) NEX berkebolehan untuk belajar dari ratusan ribu calon dan majikan untuk membangunkan kemahirannya memadankan calon yang sesuai dengan majikan/kekosongan kerja.

Kemahiran Adnexio Ini Membantu Calon Untuk Pertingkat Kebolehpasaran Mereka

Selepas melalui proses temuduga atas talian, NEX mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kekuatan dan kelemahan seseorang calonNEX akan membantu calon-calon untuk meningkatkan markah prestasi mereka dari semasa ke semasa agar peluang mereka mendapat kerja dapat ditingkatkan.

Setakat kenyataan ini ditulis, adnexio adalah antara beberapa teknologi pembangunan sumber manusia di dunia yang menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) hingga ke peringkat temuduga calon.

Sebahagian besar platform pencarian kerja sedia ada di seluruh dunia banyak berkisar kepada pengiklanan kerja tetapi tidak sampai ke peringkat menjalankan temuduga dengan perisian yang dilatih seperti seorang pegawai sumber manusia.

Rafizi Yakin Ia Akan Membantu Majikan dan Rakyat Malaysia Biarpun Teknologi Ini Baru Dan Berbentuk Eksperimen.

Tanmbah Rafizi lagi, dia menyeru supaya seberapa ramai rakyat Malaysia menyertai temuduga terbesar di dalam sejarah Malaysia ini kerana sesiapa sahaja boleh menyertainya di mana saja anda berada.Anda hanya perlu melalui temuduga atas talian dengan NEX sekali sahaja dan sistem akan menyemak semua kekosongan yang diiklankan setiap hari untuk dipadankan dengan anda (mengikut latar belakang pendidikan, kemahiran dan pengalaman kerja anda).

Bagaimana Untuk Anda Sertai Temuduga Ini?

a. Sediakan komputer, laptop atau telefon pintar.

b. Sistem ini dioptimasikan untuk digunakan dengan lebih baik menggunakan platform Chrome. 

c. Berada di tempat yang tidak bising untuk menjalankan temuduga dengan NEX.

d. Mempunyai talian internet yang baik dan stabil.

e. Sediakan gambar (dalam bentuk digital) dan resume (dalam bentuk PDF).

f. Layari www.adnexio.my dan mulakan temuduga anda.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.adnexio.my dan bahan promosi di media sosial.

Beliau berharap ratusan ribu rakyat Malaysia menyertainya dalam tempoh yang singkat untuk membolehkan teknologi kecerdasan pintar (artificial intelligence) dapat ditambahbaik.

Sekiranya anda ingin mengetahui perkembagan atau artikel terbaru daripada TrendNiaga, boleh like kami di Facebook fanpage rasmi kami di sini.

Sumber Artikel: Facebook Rafizi Ramli

SELALU ASYIK TAK SEMPAT SELESAIKAN TUGASAN HARIAN? HAA ARTIKEL DI BAWAH UNTUK ANDA.

Bagaimana Membuat To-Do List Yang Betul