in

Pengenalan Asas Bursa Malaysia Buat Mereka Yang Baru Berjinak Dalam Dunia Pelaburan

Bursa Malaysia ini syarikat ke apa sebenarnya?

Story Maker

Bursa Malaysia Adalah Sebuah Syarikat Awam

Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat awam yang dikenali dahulu sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), ditubuhkan pada tahun 1964 iaitu 54 tahun dahulu.

Ia juga merupakan syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007, serta mengendalikan satu integrasi sepenuhnya, serta menawarkan satu julat perkhidmatan pertukaran mata wang, perkhidmatan perdagangan, pelangsaian, penjelasan dan simpanan.

Manakala pengenalan dalam bahasa mudahnya ialah Bursa Malaysia merupakan satu syarikat yang memudahkan urusan jual beli harga komoditi, penukaran mata wang, pasaran hadapan serta saham syarikat-syarikat untuk mendapatkan dana daripada para pelabur.

Sebelum syarikat-syarikat ini disenaraikan di papan Bursa, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria dan ujian sebelum diterbitkan untuk didagangkan secara umum.

Sumber; Bloomberg.

Sekiranya anda tertanya-tanya apakah produk ataupun barangan syarikat Bursa Malaysia ini, maka anda perlu ketahui dahulu apakah itu sekuriti dan deravitif:

Produk sekuriti

Suatu instrumen berkaitan kewangan sama ada hutang ataupun ekuiti seperti saham, bon, sukuk, REITs, ETF dan lain-lain.

Produk Deravitif

Suatu kontrak terbitan atau kontrak hadapan seperti warran, FGLD, FCPO, FPOL, FUPO, FPKO dan lain-lain.

Mungkin anda juga pernah mendengar apakah indeks KLSE serta FBMKLCI dan seumpamanya. Seperti yang sedia maklum, indeks adalah suatu chart atau suatu pergerakan nilai pasaran semasa:

  1. FBMKLCI: Gabungan 30 buah syarikat yang terbesar berdasarkan market capital di papan utama mengikut kedudukan, serta ia merupakan indeks penanda utama di bursa Malaysia.
  2. FBM70: Gabungan 70 buah syarikat yang bersaiz sederhana besar berdasarkan berdasarkan market capital serta indeks ini mewakilkan keseluruhan syarikat mid cap.
  3. FBM100: Gabungan antara syarikat FBMKLCI dan FBM70.
  4. FBMSCAP: Gabungan syarikat yang berskala kecil yang tersenarai di papan Bursa Malaysia.
  5. FBMEMAS: Gabungan indeks FBMKLCI, FBM70 dan FBMSCAP untuk memberikan satu gambaran menyeluruh berhubung prestasi syarikat daripada saiz yang berbeza di dalam pasaran modal Malaysia.
  6. FBMACE: Terdiri daripada semua syarikat yang tersenarai di papan ace di Bursa Malaysia.
  7. FBMHIJRAH: Gabungan 30 buah syarikat patuh shariah yang terbesar dari sudut market capital seperti FBMKLCI.
  8. FBMSHA: Gabungan syarikat di bawah FBMKLCI, FBM70 dan FBMSCAP seperti di FBMEMAS tetapi yang patuh shariah sahaja.
Sumber: Bloomber, Bursa Malaysia

Papan Bursa Malaysia Sedia 3 Papan Penyenaraian:

1. Main Market/ Papan Utama

Sebuah papan yang mengumpulkan senarai syarikat gergasi dan berkapita besar serta pendapatan tahunan yang tinggi.

2. Ace Market/ Papan Ace

Sebuah papan yang mengumpulkan senarai syarikat kecil-kecilan dan berkapita kecil serta pendapatan tahunan yang rendah.

3. Leap Market/ Papan Leap

Suatu senarai syarikat yang berpotensi bertujuan untuk mendapatkan dana menerusi pasaran modal yang mana hanya boleh diakses oleh sophisticated investor (pelabur yang berpendapatan tinggi).

Setiap syarikat yang tersenarai di papan Bursa Malaysia terdiri daripada sektor:

Financial Services, Utilities, Telecommunications Media, Properties, Plantation, Construction, Technology, Consumer Products & Services, Industrial Products Services, Energy dan banyak lagi.

Kini anda telah ketahui serba sedikit mengenai Bursa Malaysia, nantikan artikel selanjutnya daripada TrendNiaga untuk menambah ilmu mengenai pelaburan sekuriti di Malaysia.

Jangan lupa jemput like & follow Facebook rasmi TrendNiaga. Anda juga boleh layari terus www.bursamalaysia.com.

Jom ketahui perkembangan pasaran global pula selepas konflik Trade War:

Kebangkitan Pasaran Global Selepas Kejatuhan Akibat Konflik ‘Trade War’