Mengintai Dari ‘Pintu Kaca’ : Jom Stalk Bakal Majikan Anda!

352 Views in
Story MakerList MakerYears Of Membership

Dunia digital – Lebih memudahkan pencarian info syarikat-syarikat yang sedia ada. Kesilapan graduan pada masa kini adalah terlalu terburu-buru untuk menerima tawaran kerja walhal tiada sebarang semakan dilakukan terhadap majikan terlebih dahulu.

Sudahkah anda mengintai dari ‘pintu kaca’ ini untuk melihat ‘review’ atau profil bakal majikan anda? Sekiranya belum, anda WAJIB intai okay!

Nota kaki: Hanya syarikat berdaftar dengan Glassdoor sahaja akan dipaparkan ‘rating review’. Kebanyakan ‘scam companies’ TIDAK AKAN ADA di dalam Glassdoor (siapa nak daftar semata-mata untuk dapat review negatif kan?)

Sejarah Glassdoor

  • Diasaskan oleh Robert Hohman, Tim Besse dan Rich Barton (Pengasas Expedia) pada tahun 2007.
  • Tahukah anda bagaimana idea Glassdoor ini tercipta? : Ketika pengasas sedang sibuk bermain World of War Craft!

Baca SINI: Bagaimana Pengasas Glassdoor Peroleh Idea Tubuhkan Syarikat Bernilai $1 Billion

Apa Itu Glassdoor?

Glassdoor merupakan satu platform kerjaya seperti WOBB, JobStreet, Linkedin dan lain-lain. Daftar percuma! Jom lihat apa kata mereka yang sudah menggunakan platform Glassdoor ini:

Kelebihan Glassdoor Yang Wajib Anda Tahu

1. Temuduga

Kelebihan Glassdoor adalah pada fungsi ‘INTERVIEW’. Menerusi fungsi ini, para graduan dan pencari kerja boleh melihat sendiri ulasan yang telah diberikan oleh mereka yang sudah menghadiri temuduga di syarikat tersebut.

  • Permohonan: Memohon melalui online/terus/referral pekerja, masa yang diambil untuk permohonan diproses, dan lokasi temuduga
  • Pengalaman Temuduga: Sama ada positif, negatif atau neutral
  • Soalan Temuduga: Inilah yang paling MAHAL. Boleh berlatih menjawab soalan-soalan temuduga yang telah disenaraikan sebagai persediaan menghadapi temuduga sebenar

2. Jangkaan Gaji & ‘Benefits’ Syarikat

  • Melalui Glassdoor, purata gaji asas (average base salary) bulanan boleh diketahui. Selain itu, fungsi ‘BENEFITS’ juga dapat menarik lebih ramai graduan yang berkebolehan dan orang yang berpengalaman untuk memohon kerja.
  • Walau bagaimanapun, bukan semua profil syarikat di Glassdoor mempunyai info mengenai jangkaan gaji dan ‘benefits’ kerana berkait rapat dengan isu ‘Private and Confidential’ (P&C).

3. Review Jujur dari Pekerja

  • ‘Rating Profile’: Bergantung kepada review yang diberikan daripada pekerja atau bekas pekerja. Sekiranya lebih banyak review negatif, maka rating syarikat akan jatuh sekaligus menjejaskan reputasi syarikat.
  • Dari sisi pekerja: Ulasan yang diberikan adalah dalam bentuk ‘anonymous’. Jadi, majikan tidak tahu identiti pekerja tersebut. Ulasan negatif selalunya datang daripada pekerja yang telah berhenti/tidak puas hati. Oleh itu, hati-hati dalam menilai sesuatu ulasan okay?
  • Dari sisi majikan: Majikan boleh cuba memperbaiki situasi dengan mengambil langkah mengatasi isu masalah di tempat kerja dengan menjalankan survey terhadap pekerja, mengadakan sesi perjumpaan untuk membincangkan solusi supaya perkara sebegini dapat dikurangkan kelak.
  • Ulasan jujur ini memberikan sedikit sebanyak gambaran suasana di tempat kerja. Adakah tempat itu sesuai untuk graduan/yang sudah berpengalaman? Adakah terdapat ‘career growth’ sepanjang bekerja di situ?

4. Jawatan Kosong Terkini

  • Tahukah anda?: Platform ini juga mengiklankan ribuan jawatan kosong. Ada juga jawatan kosong yang tidak pernah diiklankan di Jobstreet mahupun Linkedin tetapi ada di Glassdoor! Kepada anda yang masih mencari peluang pekerjaan, rajinkanlah diri anda untuk menggodek platform ini. Memang berguna!

View this post on Instagram

Put the work in every day – your only competition is yourself! . . . #LoveYourJob #wednesdaywisdom #careerquotes #successquote #quotetoliveby #goalchaser #successmindset #careeradvice

A post shared by @ glassdoor on

Banyak juga manfaat Glassdoor yang ramai tidak tahu bukan? Selamat mengintai bakal majikan anda menggunakan pintu kaca ini!