in

Walaupun Kami Jadi “Pioneer” Konsep Bisnes Car Wash Sebegini, Kami Gagal Kerana 5 Perkara Ini

Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Selalunya kita baca pengalaman-pengalaman bisnes seseorang itu apabila bisnesnya sudah meningkat naik. Tetapi jarang sekali dikongsikan pengalaman peniaga-peniaga yang gagal mengekalkan perniagaan mereka.

Sebenarnya banyak perkara penting yang dapat dipelajari dari kegagalan sebuah perniagaan itu. Jadi hari ini Trendniaga ingin berkongsi coretan pengasas perniagaan car wash Al-Hamra, Muhamad Nasron Nasir mengenai kisah dan liku-liku perjalanan bisnes mereka.

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

Since ada permintaan minta aku huraikan mengapa kami boleh kecundang dalam perniagaan car wash kami circa 2007 haritu, meh aku list out beberapa points agar dapat kita bersama ambil manfaatnya dan jangan diulang kesilapan kami, shall we?

Atas kertas, perancangan kami memang dah cukup baik! Berikut aku nyatakan plus points dan strategi yang kami dah bersedia sebelum kami mula perniagaan kami;

1) Modal yang tak berapa besar!

  • Sewa kedai RM1500 sahaja! (Deposit around RM4500).
  • Machines; water jet, snow mixer, air compressor, vacuum total around RM3,000 (secondhand, untuk startup).
  • Other tools; kain absorbent, sabun snow, chemicals etc around RM1000.
  • Total up gedebuk gebedak hanya less RM10,000 untuk kedai up and running.

2) Selling Points

  • Kau tengok, dari 2006-2007 lagi kami dah fikir benda ni. Kau masuk kelas sana sini baru tahu apa itu USP kahkah.
  • USP killer kami, ialah KAMI PIONEER!
  • Tiada car wash yang selesa pada masa tu. Kebanyakannya di bawah pokok, maka kami create car wash dalam building, siap lounge! Ada TV, ruang solat, Wifi, toilet, newspapers, magazines & mesin urut!
  • Car wash biasanya hanya cuci luar and vacum dalam. Extra service polish & wash. Tapi kami different! Kami tembak angin upholstry and dashboard kereta, seat etc. Habuk celah-celah semua hilang!

3) Technical Expertise

  • Since aku memang tak reti operate machine carwash, kebetulan pakcik kami memang ada pengalaman, so kami import dia ke Kajang dan lead kami technically.
  • Aku pun banyak buat kajian tentang cara pembasuhan kereta; contohnya basuh dari body atas dahulu membawa ke bahagian bawah agar pasir tak lekat and calarkan upper body.
  • Kami iklankan and tampal di serata dalam kedai agar customers tahu, kami belai kereta mereka!

4) Repetition

  • Car wash ini bisnes yang tinggi repetition of customers. Dengan selling points kami di atas, kami percaya mereka akan lekat pada kami.

5) Upselling & Cross selling

  • Kami pelbagaikan servis: sapu RainX, jual RainX, polisher & wax, headlamp cleaning, 3 layer polish & wax, dashboard shine etc.
  • Kami letak chiller, jual air tin dan air kotak. Pastu letak kelapa jelly. Side income yg tak berapa nak side lah! Byk untung ni!
  • Ermm masa ni kami panggil produk & servis tambahan je.. tak pandai term upsell and cross sell lagi hihihi.

6) Added Personal Touch & Loyalty

  • Sambil shine tayar, SOP kami akan intai bunga tayar, kalau botak kami akan inform customer (perghh SOP! Time ni kami panggil “wajib buat” je hohohoo).
  • Masa lap air, kami akan buka boot n bonnet engine bay juga lap kering bahagian tepi and keluarkan daun kering, sambil tu “wajib buat” kami ialah intai level air and sabun wiper dan beritahu customer. (Minyak itam idok lerrr itu biar bengkel lah!)
  • Kami tampal sticker di windscreen belah dalam sama macam sticker servis kereta tu. Ada logo, nombor telefon dengan ayat power. Ayat tak ingat dah hahaha!
  • Kami buat package loyalty; Membership. Print kertas and laminate agar nampak professional. Orang lain buat kertas cop huduhhh.

7) Premium Pricing

  • Dengan 6 points di atas, kau rasa kami nak letak harga macam car wash bawah pokok cherry tu? Rate masa tu RM9 sedan… sorry! Kami letak premium pricing, starts from RM11! Masih mematuhi adab berniaga dalam Islam, jangan LEBIH or KURANG price 30% from market price. Kami tak rosakkan harga market, bahkan kami menaikkan standard market car wash!

So, dengan target kami hanya 20 biji kereta sehari buat basic cleaning servis sahaja, kami sudah boleh cover cost dan dapat untung!

Yup, tu kalau basic cleaning sahaja. Belum lagi jualan air, RainX, servis tambahan macam wax dan polish!

Dan jangan lupa, hasil kerja keras isteri, Masviona Muhamad pergi terjah car dealers tu, Nissan, Perodua, Proton dan used car serta kereta sewa sekitar jadikan kami sebagai panel car wash mereka! Kami ada few hundreds of ready customers already!

Juga geng Teksi! Mereka ni SETIAP HARI basuh kereta tau! Kami ikat dan beri special rate! Ini pun pelanggan yang sudah confirm ada!

Boleh dikatakan tiap bulan memang ada untung!

Kami siap upgrade beli new sets of machines lepas 3 bulan operasi oiii! Beli compressor yang besar HP, tukar vacuum yang heavy duty siap, beli plak mesin polisher yg macam grinder tu!

Perghh indah bukan?
Menjadi betul bisnes nii!!

Tapi… kenapa kami gagal juga?

Haaa sampai jugak bab ni!

Baiklah..
Berikut adalah sebab kenapa kami gagal:

1) TIADA DISIPLIN DUIT

  • Walau perniagaan kami berdaftar, ada SSM, ada lesen premis MPKJ, ada bank akaun perniagaan, tapi kami culas!
  • Maklumlah, cash transaction beb! Memang gelap mata!
  • Duit jualan kami tak bank in semua pun kahkahkah! Enjoyyy hoiiii hahhaha

2) TIADA PENGALAMAN MENGURUSKAN MANUSIA

  • Staffing issues. Masa ni memang carca-merba. Employ family members, tak capai kehendak kita sebagai majikan. Serba tak kena, tak tegur jadi carca merba, tegur, sentap pula. Kami pun masa ini hati belum kental.. mudah cair kahkah.

3) TAKUT PADA PERSAINGAN

  • Cukup 8 bulan kami beroperasi, mungkin dek kerana prestasi yang baik, customers yang tak putus, tetiba buka pula satu lagi car wash yang sama konsep dekat seberang jalan kahkahkah!
  • Kami panik!

4) MASA & FOKUS

  • Aku time ni tengah sedap makan gaji, jawatan pun boleh tahan.
  • Dan pula aku menguruskan projek sistem yang digunapakai seluruh Malaysia. Banyak masa aku habis untuk outstation juga. Sejak mula setup car wash, aku banyak “mengelat” utk outstation. Clients aku sudah bising katanya Boss susah nak jumpa dah sekarang.
  • Tambahan, tahun 2006 kami baru pindah masuk rumah baru. Banyak kerja renovasi dibuat. Nak urus rumah lagi. Avin pulak 2007 dah ada dengan kami.. so timing lari.

Pengurusan masa kami jadi out.

Kami hilang fokus.

5) FAKTOR PHD LUARAN!

  • Alaa.. PHD.. perasaan hasad dengki..
  • Dek kerana masalah man power, kami employ dua bangladesh.
  • Pergh dua orang ni kerja memang bagus, dua orang ni sahaja dah boleh ganti 4 orang tenaga kerja local, serius tak tipu!
  • Kami dah lega dah masa ni, kedua-dua bangla memang efisien dan boleh diharap. Buka kedai on time. Kedai terjaga bersih. Pelanggan happy sebab bangla ini ikut semua syarat “wajib buat” tu!

Tapi… mungkin ada yang tidak senang. JTK dan imigresen sudah mula hello-hello kami, katanya ada orang report.

Ermmmm ermmm ermmmm.

Nah.. sekarang kau tengoklah..

Dari secantik-cantik planning..
Sehingga planning yang mmg proven setelah beroperasi, keuntungan memang dijana..

Tapi dek kerana 5 sebab tu je, hancur beb!

Bagi aku, penyebab terbesar ialah nombor 4.. MASA dan FOKUS.

Masa tu aku rasa keperluan aku untuk banyakkan masa kat kerja hakiki aku.

Tiada keperluan mendesak untuk aku maintain bisnes sebab gaji kerja hakiki aku pun dah boleh sara keluarga.

Perniagaan ini tidak mendatangkan effect “antara hidup dengan mati” bagi kami. Kami layan sebagai “bonus perbelanjaan” kami je masa tu.

Walhal masa kami ambil keputusan untuk serahkan kedai kembali kepada landlord, masa tu kami sudah ditawarkan geran bantuan sewaan! Kerajaan tawarkan kami 50% bayaran sewaan ditanggung oleh kerajaan selama setahun!

Selamba je kami tolak dan kami tidak pertahankan pun bisnes ni.

Hanya kerana, kami complacent!
Kami sudah selesa dengan status ekonomi kami pada ketika itu.

Ada atau takde bisnes ini, kami macam biasa juga. Ada gaji tetap yang besar sudah sedia setiap bulan!

Begitulah.

Bagaimana kami bangunkan dan cipta trend car wash seperti mana yang kau lihat pada harini.

Sedikit sebanyak, car wash dalam building yg ada sekarang, dicetuskan ilhamnya dari corak operasi oleh ALHAMRA AUTO SPA asal usul sejarahnya, aku pasti!

Aku harap dengan post panjang berjela ni dapatlah kita sedikit manfaatnya.

Bukan aku mendedahkan kelemahan sendiri.
Itu semua kesilapan yang kami lalui suatu ketika dahulu, dan kami belajar darinya, dan berharap kau dapat belajar sesuatu juga.

Dan aku percaya kalau kau baca and perhalusi setiap points di atas, dari perancangan sehingga kegagalan, ada terlalu banyak pengajaran yang kau boleh relate utk diri kau juga!

Seperti yang aku katakan, kejayaan seseorang pada masa kini hanya sesuai untuk dilihat dan dirai sahaja, tapi kagumilah dan pelajarilah dari sejarah beliau!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalam.

NashBercerita Pada 3.08am, Untuk Disiarkan Pada Umum Keesokan Harinya.
#BangsaNiaga

ARTIKEL BERKAITAN:

Teknik Tutup Syarikat Sendirian Berhad Tanpa Kos