Kisah Bagaimana Vincent Tan Jana Jutaan Ringgit Melalui Media Sosial Lagenda, Friendster

Vincent Tan Aplikasi Teknik Cigar Bud

864 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

FRIENDSTER

Nah buat yang lupa rupa media sosial lagenda, Friendster.

Ramai juga yang sebut pasal Friendster bila DSN troll kerajaan. Bila sebut pasal Friendster, saya teringat satu benda yang saya boleh kongsikan. Satu strategi pelaburan yang dipanggil ‘Cigar Bud Technique’. Ben Graham yang perkenalkan strategi ini.

Kenapa Dipanggil ‘Cigar Bud’?

Sebab cigar bila dah hujung tu, akan boleh dihisap sekali dua lagi. So pelabur hendakkan yang sekali dua hisap Itu. Bahasa dia bila syarikat Itu macam nak tutup dah, pelabur akan tengok apa aset yang ada untuk dia dapatkan keuntungan terakhir.

Samalah macam friendster. Bila dia dah outdated, pelabur biasa dah tak pandang lagi. Harga dia dah jadi murah. Pelabur-pelabur yang sophisticated sikit akan tengok apa asset yang ada untuk dia capitalise.

Aset Friendster Jadi Buruan Facebook

Friendster ini masa hujung-hujung itu dia ada benda yang berharga. INTERFACE dia . Interface dia Facebook nak.

Friendster juga ada satu kelemahan. HUTANG dia tinggi.

Vincent Tan- anak kelahiran Batu Pahat inilah yang membuka franchise Mcdonald pertama Malaysia pada tahun 1980-an.

Vincent Tan tahu benda itu dan dia ambil kesempatan atas kelemahan Friendster. Dia deal dengan Friendster untuk beli Friendster. Duit dia bayar advance tak payah tunggu settle agreement sebab dia nak CEPAT dapat Friendster. Dia nak cepat sebab dia tahu Facebook nak acquire Friendster tapi Facebook nak tekan Friendster supaya dia dapat beli murah. Dia nak tunggu Friendster default sebelum dia nak acquire.

Facebook Tersepit Menjelang IPO

Mark Zuckerberg- bekas pelajar Harvard ini mengasaskan Facebook hanya dari bilik dorm belajarnya sahaja.

Bila Vincent Tan dapat Friendster, Friendster dah tak ada potential default. Facebook pulak yang tersepit sebab diorang nak IPO dah dan diorang nak interface yang stable. Vincent Tan guna benda ini untuk tekan Facebook. FB offer nak bayar, Vincent Tan tak nak. Vincent Tan nak ‘share Facebook’. Mark Zuckerberg terpaksa bagi .

Long story short – Vincent Tan guna Friendster untuk dapatkan share FB sebelum IPO. Modal dia dalam RM120 juta , sekarang value dah dekat RM 2 billion.

Itulah yang dipanggil ‘CIGAR BUD STRATEGI’.

Baca SINI: Tan: How I made money from Facebook

Kisah pendek mengenai salah seorang jutawan berdarah Malaysia kelahiran Batu Pahat ini telah diceritakan oleh Najib Saahari di laman Facebook peribadinya.

Biarpun Vincent Tan telah membuat duit yang banyak dari Facebook namun menurut beliau ini bukanlah DEAL terbaik beliau. Kalau anda pembaca Trendniaga yang bijaksana, cuba kongsikan di ruangan komen agaknya apa pelaburan terbaik yang pernah dilakukan oleh Vincent Tan itu? hihi.

Akhir kalam dari saya, jangan lupa untuk follow page rasmi Trendniaga untuk mengikuti perkembangan terkini atau perkongsian menarik sekitar dunia perniagaan, pelaburan mahupun startup setempat dan global.

BACA JUGA: 

Mengintai Dari ‘Pintu Kaca’ : Jom Stalk Bakal Majikan Anda!

 

 

 

12 points
Upvote Downvote