roti john

Kisah 2 Peniaga Roti John Pasar Malam

A Tale of Two John Bread

373 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Mula Mengaudit Perniagaan

En. Azman seorang eksekutif di sebuah cawangan perbankan Islam di Miri menceritakan kepada kami bahawa:

Beliau kenal dengan dua orang peniaga pasar malam yang menjual Roti John. atas nasihat dan konsultasi eksekutif bank itu maka mereka bersetuju agar bisnes mereka diaudit (secara tidak bertauliah) untuk merencanakan perkembangan dan masa depan kedua-kedua entiti bisnes itu.

http://Photo%20by%20Nik%20MacMillan%20on%20Unsplash

Setelah diaudit maka tergamam dan terkejutlah eksekutif bank ini dan yang lebih tergamam dan terkesima adalah peniaga Roti John itu sendiri.

Siapa tidak terkejut dengan hanya modus operandi di pasar malam iaitu 3 malam seminggu sahaja jualan kedua-dua peniaga ini dalam setahun masing-masing mencecah RM300,000!

Hasil Jualan Bulanan Menakjubkan

Kami pun mengeluarkan kalkulator melalui telefon kami untuk mencongak berapa jualan mereka setiap bulan dan setiap hari. Dan hasilnya, purata jualan setiap bulan ialah RM25,000.

Secara kasar margin untung peniaga Roti John ialah 40%. Dan margin sebegini adalah suatu yang lazim dan normal dalam industri makanan dan food & beverage. Maknanya untung kasar peniaga Roti John ini ialah RM10,000 sebulan.

Mula Mengupah Pekerja

Salah seorang dari peniaga ini mengupah seorang pembantu untuk menjaga gerainya. Manakala seorang lagi dibantu oleh isterinya sahaja. Maknanya RM10,000 itu solid untuk mereka sahaja.

Namun yang membezakan peniaga pertama dan peniaga kedua ialah pengurusan kewangan dan hemat dalam perbelanjaan. Peniaga pertama tadi mengupah pekerja dan dia sendiri hanya duduk ‘melenggak’ berborak goyang kaki. Manakala peniaga kedua bekerja sendiri, merasa jerih-perih meniaga. Dan ternyata peniaga kedua lebih hemat dalam perbelanjaan.

Kesilapan Yang Membantut Perniagaan

Peniaga pertama tidak sedar ke mana akhinya hala dan arus wang hasil perniagaannya sehinggalah dia diberitahu oleh eksekutif ini tadi. Manakala peniaga kedua sudah berjaya membeli rumah bernilai setengah juta di sini (Miri) dan memiliki kereta yang sudah pun langsai habis dibayar.

Cerita-cerita bisnes kecil yang mengaut hasil yang besar sebegini bukanlah kali pertama kami dengar. Beberapa tahun sebelum ini sahabat kami Ustaz Abu Widad Hidayat bercerita bahawa abang beliau Ustaz Abu Suffyan menceritakan bahawa di Dungun ada peniaga nasi ayam pasar malam yang memperoleh jualan nasi ayam sebanyak RM20,000 setiap bulan.

Namun mereka tidak sedar bahawa mereka peroleh wang yang sangat banyak sehingga mereka disedarkan akan hakikat itu.

Pasar Malam Lubuk Perniagaan

Pasar malam adalah lubuk emas peniaga-peniaga Melayu. Dan percayalah demi sebuah tapak pasar malam, ada yang sanggup bergolok, berkeris dan berlembing untuk mendapatkannya.

Pengajaran

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah peniaga Roti John ini ialah pastikan pengurusan kewangan perniagaan kita dijaga rapi supaya tidak ada kebocoran yang kita tidak perasan.

Kedua, sekiranya kita cuba untuk outsource sesuatu kerja itu, janganlah ‘duduk’ sahaja tanpa sebarang pantauan gerak kerja mereka yang kita tugaskan. Ketiga jangan lepaskan peluang rebut peluang yang ada seawal mungkin, sebab kita tidak tahu bila lagi peluang itu akan datang.

Kisah 2 tauke Roti John ini adalah hasil perkongsian Mohd Riduan bin Khairi di laman sesawang Http://notausahawan.wordpress.com/.

Baca juga artikel 3 Pengajaran Bisnes Anda Boleh Ambil Pelajari Daripada Sebuah Basikal.