Kilang Pembuatan Milo Terbesar Dunia Bakal Dibuka Di Negeri Sembilan

Nestle Malaysia Bhd Labur RM 100 Juta Buat Kilang Milo Di Chembong

757 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Nestle Malaysia Bhd mengambil keputusan untuk melabur hampir RM 100 Juta untuk memperbesar kilang pembuatan Milo di Negeri Sembilan. Ini bermakna kilang Milo di Chembong, Rembau itu akan menjadi kilang pemprosesan Milo terbesar dunia.

Dalam satu kenyataan lagi, Nestle dikhabarkan akan memindahkan kilang mereka di Petaling Jaya ke Chembong, Negeri Sembilan.

Kilang Pengeluaran Makanan Nestle di Chembong, Negeri Sembilan

Kilang Milo di Chembong itu akan dijadikan pusat pemprosesan Milo utama untuk pengedaran ke seluruh Malaysia dan 20 negara lain.

Dengan pemusatan kilang Milo di Chembong dan pelaburan yang menjangkau RM 100 juta, CEO Alois Hofbauer berharap ia akan mempertingkatkan lagi fasiliti pembuatan, efikasi operasi dan memperluas kapasiti kilang itu.

Tambah beliau lagi,”Ini akan membantu mereka untuk memenuhi permintaan setempat dan luar negara(eksport)”.

Kumpulan Syarikat Lactalis adalah syarikat bahan tenusu yang berpangkalan di Laval, Perancis.

Sementara itu, kilang lama di Petaling Jaya pula akan diambil alih oleh Lactalis, sebuah syarikat bahan tenusu ternama dunia yang sudah dikenali hampir 100 buah negara. Lactalis membeli kilang PJ dalam perjanjian bernilai RM 155.3 Juta.

Perkara ini turut mendapat maklum balas daripada Menteri Besar Negeri Sembilan. Aminuddin Harun yang mengatakan kerajaan negeri amat berbesar hati atas pilihan Nestle untuk menjadikan Negeri Sembilan tempat kecermalangan pembuatan Milo terbesar dunia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun

Katanya lagi, ini adalah satu penghargaan besar buat Negeri Sembilan dan harapnya ia akan membantu Negeri Sembilan untuk menjadi hab pengeluaran makanan halal terbesar dunia.

Harapnya selepas ini Negeri Sembilan akan dikenali lagi oleh para peminat Milo dunia, dan bukanlah hanya sekadar tempat pelancongan semata. Tahniah Negeri Sembilan daripada warga Trendniaga,

Sumber: Bernama & Channelnewsasia & Reuters

Artikel Menarik Minggu Ini:

Venezuela Akhirnya Secara Rasmi Melancarkan Mata Wang Kripto Negaranya, Petro