Buffet Jana Berbilion Melalui Syarikat Apple

Buffet Jana Berbilion Melalui Syarikat Apple Dalam 2 Tahun

Buffet Yakin Saham Apple Bakal Ke Langit Lagi

226 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Warren Edward Buffet atau lebih dikenali Warren Buffet ialah seorang pelabur lagenda yang berjaya. Beliau juga adalah pengerusi, CEO dan pemegang saham terbesar Berkshire Hathaway( BRK-A, BRK-B)

https://real-leaders.com/warren-buffett-valuing-values/

Salah seorang orang terkaya dunia ini diberi gelaran ramai sebagai “Wizard of Omaha”, “Oracle of Omaha” atau “Sage of Omaha”.

Semasa penghujung kuarter kedua tahun ini berakhir iaitu 30 Jun, syarikat Berkshire Hathaway menambah hampir 12.4 juta saham Apple ( AAPL). Ini bermakna saham pemilikan Berkshire ke atas syarikat yang mengeluarkan Iphone itu mencecah 251.96 juta. Nilai yang hampir mencecah 52.8 bilion USD sekiranya dikira dengan nilai terakhir satu saham AAPL pada hari Selasa lepas sebelum pasaran tutup (209.75 USD).

Biarpun Buffet membuat keuntungan yang banyak dari syarikat pengeluar Iphone itu, tetapi beliau memberi kredit kepada dua orang pembantu pelaburan beliau, Ted Weschler dan Todd Combs. Seperti ramai maklum, Buffet sebelum ini bukanlah pelabur yang dikenali dengan pelaburan dalam sektor berasaskan teknologi.

Berdasarkan data yang telah dikumpul oleh Bloomberg, kos Berkshire Hathaway untuk setiap saham Apple adalah 141.18 USD. Jadi keuntungan atas kertas yang telah dibuat oleh Berkshire sudah melebihi 17.2 bilion USD mengikut perkiraan Yahoo Finance. Woha, pinjam sikit Buffet hihi.

Apple adalah kedudukan ekuiti terbesar Berkshire Hathaway. Syarikat yang diasaskan Buffet itu mula melabur dalam saham Apple sejak kuarter pertama 2016.

Baca juga: Apple Cecah Nilai 1 Trilion USD.