Keselamatan Persekitaran Siber Kekal Halangan Terbesar

113 Views in
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

FORTINET, peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber bersepadu dan automatik yang luas, menggesa institusi kewangan dan rakan kongsi fintech mereka bekerjasama menangani keperluan keselamatan siber yang kritikal.

Kekurangan perlindungan keselamatan siber di syarikat-syarikat fintech secara am telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai perlindungan data dan pematuhan, terutamanya menjelang pelaksanaan GDPR EU pada Mei 2018. Dengan kadar jenayah siber global yang semakin meningkat, Fortinet menekankan keperluan perlindungan aplikasi dan perlindungan awan.

Keupayaan inovasi

Pengurus Negara Fortinet Malaysia, Alex Loh berkata, majoriti bank berpendapat kerjasama tersebut diperlukan, 71 peratus pula menyatakan kerisauan mereka mengenai risiko siber yang berkaitan dengan firma fintech, manakala 48 peratus menamakan risiko kawalseliaan sebagai halangan.

“Syarikat-syarikat fintech kebiasaannya mempunyai sumber manusia dan modal kecil untuk dibelanjakan bagi keselamatan, apalagi untuk keperluan peraturan lain. Kebimbangan keselamatan terutamanya keselamatan aplikasi dan penggunaan awan adalah titik perkembangan utama paling penting yang diminta dalam pasaran.

“Syarikat-syarikat fintech berupaya membuat inovasi pada kadar yang pesat, ini kerana ia tidak terikat dengan IT warisan atau lebih lagi, tadbir urus yang ketat.,” katanya.

Jelasnya, ini telah membolehkan mereka menghasilkan produk baharu dan kemas pada kadar lebih laju berbanding badan-badan kawal selia yang berusaha untuk bersaing.

Namun katanya, apabila fintech semakin diterima kebanyakan pengguna harian, mengakses dan menyimpan data peribadi sensitif yang dicari penjenayah siber menjadi masalah semakin meningkat, maka tindakan pengawalseliaan tidak dapat dielakkan.

Cari solusi majukan inovasi, prestasi teknikal

Institusi kewangan yang besar dan syarikat fintech yang lebih kecil saling memanfaatkan satu sama lain untuk memenuhi tuntutan pengguna yang semakin meningkat di Asia Pasifik untuk akses dan pengurusan kewangan lebih besar.

Alex berkata, bagi firma yang terkenal, perkongsian fintech membolehkan kadar inovasi lebih pantas, manakala nilai untuk firma fintech yang lebih kecil akan datang daripada hasil pendapatan, skala, dan kredibiliti daripada bank.

Menurut penyelidik pasaran Frost & Sullivan, pasaran fintech Asia Pasifik menyaksikan pertumbuhan yang pantas, sebahagian besarnya didorong oleh pembayaran digital.

Industri Fintech di Asia Pasifik dijangka mencapai AS$72 bilion (AS$1 = RM3.8785) pada 2020, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 72.5 peratus.

“Justeru, untuk terus berdaya saing dalam era digital baharu, Fortinet menasihatkan bank-bank dan syarikat-syarikat fintech mencari jalan yang membolehkan kemajuan inovasi dan prestasi teknikal tanpa menjejaskan keselamatan dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan.

“Kerjasama kedua-dua perkhidmatan kewangan ini saling bergantung. Malah data menunjukkan, tiga perempat firma kewangan besar menyedari kepentingan kerjasama bersama firma fintech. Untuk melangkah ke hadapan, bank dan organisasi fintech harus berusaha mengintegrasikan penyelesaian keselamatan secara tradisional yang terpencil secara bersama menggunakan pendekatan fabrik keselamatan serupa,” katanya.