Ketahui Mengapa Pasaran Global Dan Tempatan Masih Dalam Aliran Menurun

255 Views in
Story MakerYears Of Membership

Baru-baru ini pelbagai sentimen yang negatif dan katalis yang kurang baik dapat kita dengari, sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Secara umumnya pasaran semamangnya berkait rapat dengan kestabilan sebuah negara, dari segi politik dan ekonomi serta pergerakan harga suatu syarikat dan komoditi.

Sentimen Sekitar Pasaran Global:

  • China bersetuju mengurangkan kadar cukai ke atas barangan automotif dari Amerika Syarikat serta membuat pembelian secara besar-besaran kacang soya dari negara tersebut.
  • Penahanan CFO syarikat Huawei, Sabrina Meng Wanzhou 46, di Vancouver, Kanada atas arahan U.S Department of Justice.
  • Kemenangan Perdana Menteri Theresa May dalam meraih undi di parlimen untuk mencapai persepakatan dalam keputusan Brexit.

  • Negara Qatar mengumum pengunduran diri dari negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) atas faktor pemboikotan negara-negara ke atas Qatar yang didalangi Arab Saudi.
  • Syarikat Japan Display mengurangkan pengeluaran LCD panel ke atas iPhone XR mulai bulan ini.
  • Penurunan harga minyak Brent yang berterusan bermula pada awal bulan Oktober sehingga kini, akibat Negara Arab Saudi yang meningkatkan pengeluarannya.
  • Berita bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar bunga serta perbalahan antara The Fed dan Donald Trump.
  • Ketidak-tentuan pasaran Dow Jones, Nasdaq serta S&P 500 sepanjang akhir tahun 2018 ini. Peningkatan serta penurunan melebihi 500 mata sehari mengakibatkan VIX indeks meningkat sehingga 25 mata.

Sentimen Sekitar Pasaran Tempatan:

  • Pasaran Malaysia turut dipengaruhi oleh pasaran luar seperti penurunan pasaran global di U.S dan faktor politik yang berlaku di antara dua kuasa besar serta permintaan ke atas barang komiditi negara.
  • Pembatalan projek Taman Tema Genting Highland oleh syarikat Fox tempoh hari dan Genting telah mendakwa serta menuntut bayaran ganti rugi dari syarikat tersebut sebanyak $1.4 billion.

  • Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 52 serta beberapa pengurusan kanan yang lain telah didakwa atas salah guna dana dalam penggunaan aktiviti politik.
  • TNB mengumumkan pelaburannya dalam syarikat GMR Bajoli Holi Hydropower (GBHH) sebanyak RM133.2 juta serta merancang untuk bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar.
  • Penurunan harga minyak sepanjang sebulan lepas serta menyebabkan ekonomi dalam dan luar negara bergerak perlahan.
  • Harga Ringgit Malaysia melemah berbanding Dolar Amerika dan dijangka akan terus melemah sehingga 4.25 sekiranya sentimen buruk di luar negara berterusan.

Telah menjadi suatu adat bagi suatu pasaran ada naik ada turunnya kerana harga pasaran bergantung kepada permintaan dan penawaran serta tahap ketakutan para pelabur dalam memegang stok suatu syarikat.

Walau bagaimanapun FBM KLCI telah menurun sehingga 1,663.27 mata dan masih mencari support dan masih banyak lagi tahap resisten untuk mencapai 1,700 mata. Dalam trend menurun ini masih ada juga syarikat yang berpotensi dan melakukan trend menaik seperti DUFU, SCIENTX, UNISEM dan banyak lagi.

Di samping teknikal analisis dan fundamental analisis, kemahiran dalam visual analisis juga sangat penting.

Tak Faham Apa Itu Fundamental atau Teknikal Analisis? Jom Topap Ilmu Baru,

Jom Fahami Apa Itu Fundamental Dan Teknikal Analisis