Gambar sekadar hiasan. Sumber: Fortune.

in

Kebangkitan Pasaran Global Selepas Kejatuhan Akibat Konflik ‘Trade War’

206 Views
Story Maker

Selepas mana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kenaikan kadar tariff ke atas barangan China tempoh hari sehingga mengakibatkan kerugian hampir $400 bilion. Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai kronologi ‘trade war’ di carian Google.

Walau bagaimanapun, akibat daripada krisis tersebut yang bermula seawal bulan Januari 2018 dan berlarutan sehingga bulan Jun, Ogos, serta November ditambah pula dengan berita lain yang kurang enak didengari oleh pelabur seperti kenaikan harga minyak dunia, pemulauan negara Iran dan Qatar, kejatuhan mata wang lira Turki, kenaikan kadar tarif bon di Amerika, pembunuhan Jamal Khashoggi di Turki, kehangatan isu Brexit di Eropah, serta teori krisis yang bakal berlaku setiap 10 tahun.

Jamal Kashoggi, wartawan Saudi yang dikatakan dibunuh di Turki.

Kesimpulan Pergerakan Pasaran Global Satu Tahun:

Pasaran Dow Jones dibuka pada awal tahun 24,824.01 mata dan telah meningkat sehingga mencapai tahap tertinggi iaitu 26,828.391 mata pada 3 Oktober, kemudian telah mengalami penurunan sebanyak 8.8% atau 2385.471 mata sepanjang tempoh sebulan selepas peroleh kenaikan tertinggi tahun ini.

Gambar sekadar hiasan

Kini indeks Dow Jones kembali stabil dengan jumlah 26,180.301 mata pada 7 November dengan kenaikan hampir 500 mata dalam sehari dan ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatat oleh Dow Jones.

Manakala pasaran Nasdaq dibuka pada awal tahun sebanyak 7,006.9 mata dan telah meningkat sehingga 8,109.69 mata pada 29 Ogos, ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicapai sepanjang tahun ini.

Gambar sekadar hiasan

Malangnya, pasaran ini tidak mampu mengukuhkan kedudukannya dan telah mengalami penurunan sebanyak 13% bersamaan 1059.4 mata sepanjang dua bulan. Walaupun begitu Nasdaq telah melakukan ‘rebound’ dengan kenaikan hampir 500 mata dengan jumlah mata sebanyak 7,570.75 setakat hari ini.

Manakala S&P 500 dibuka pada awal tahun sebanyak 2,695.81 dengan kenaikan tertinggi hanya 2,929.67 mata pada 21 November, penurunan sebanyak 9.8% atau 289.5 mata sahaja. Jumlah mata terkini adalah 2,813.89.

Gambar sekadar hiasan.

Pasaran Nikkei 225 dibuka pada awal tahun sebanyak 23,506.33 mata dengan kenaikan yang tertinggi pada tahun ini sebanyak 24,270.619 mata pada 2 Oktober. Kemudian telah mengalami penurunan sebanyak 12.8% iaitu bersamaan 3120.818 mata sepanjang tempoh sebulan, kini pasaran Nikkei kembali menaik dan mengukuh kembali dengan jumlah setakat ini sebanyak 22,085.801 mata.

Keadaan Pasaran FBM KLCI Di Bursa Malaysia Ketika Mana Ekonomi Global Kurang Stabil :

Pasaran Malaysia tidak asing juga akan turut terjejas dengan perubahan pasaran global yang tidak menentu serta pertukaran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.

Pelabur asing serta tempatan telah menarik keluar wang mereka dari syarikat yang mempunyai hubung kait politik, manakala terdapat juga syarikat yang terjejas ekoran daripada perubahan kerajaan seperti Syarikat Telekom Malaysia, Syarikat MyEG, Gamuda dan banyak lagi.

Syarikat Telekom Malaysia antara yang terjejas selepas peralihan kerajaan baru. Gambar: The Star

Antara isu lain yang terkait adalah kontroversi dan skandal 1MDB, dakwaan ke atas ahli Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penangguhan projek ECRL, MRT, LRT, serta projek saluran paip gas Sabah dibatalkan.

Ahli Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Bahkan banyak lagi sekiranya dikaji isu dalaman negara serta berita hangat baru-baru, ini arah tuju kerajaan selepas pembentangan bajet 2019 di Dewan Rakyat pada 2 November lepas.

Secara keseluruhannya, FBM KLCI dibuka pada awal tahun sebanyak 1,782.7 mata dengan jumlah kenaikan tertinggi pada 19 April sebanyak 1,895.18 mata. Seperti sedia maklum bahawa adat pasaran ada naik turunnya, kejatuhan yang dialami oleh Malaysia sebanyak 7.8% bersamaan 143.17 mata.

Kini dengan pengukuhan dan kestabilan ekonomi dan politik Negara, FBM KLCI telah meningkat sehingga 1,721.42 mata pada hari ini.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada akhbar The Edge Market atau Focus Malaysia. Manakala untuk bacaan global, anda boleh mengikuti Bloomberg, Investing.com, Business Insider dan banyak lagi.

Seorang pelabur perlulah mengetahui isu semasa dalam serta luar negara, bahkan perlu mengkaji kestabilan keadaan pasaran, ekonomi serta politik.

Kronologi kes kematian wartawan Saudi, Jamal Kashoggi:

Konspirasi Kematian Jamal Khashoggi




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.