Gambar: Alizasara.com

Derma Bra Terpakai Anda Dengan Neubodi Bra Drive 2018

Penderma Bakal Menerima Baucar Khas Daripada Neubodi

967 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Statistik Daripada Neubodi

Neubodi adalah syarikat jenama pakaian dalam wanita. Menurut mereka 1 daripada 4 wanita Malaysia mengakui memiliki lebih daripada 10 bra dalam almari pakaian mereka. 80 peratus daripada mereka mengatakan bra yang tidak pernah diguna pakai adalah bra yang baru dibeli atau pun yang sudah tidak sesuai dengan saiz mereka.

Namun, hanya 15 peratus daripada mereka yang pernah menderma pakaian dalam mereka. Kebanyakan daripadanya akan terus ke tapak pelupusan sampah. Dan kalau anda nak tahu industri tekstil mempunyai kadar kitar semula paling rendah.

Neubodi Bra Drive

Setiap tahun, Neubodi melancarkan kempen mengumpul bra terpakai daripada wanita seluruh negara. Semua bra second-hand itu akan diagihkan seeloknya mengikut kondisi mereka. Buat bra yang masih dalam kondisi baik, ia akan diagihkan ke kawasan-kawasan pedalaman Malaysia dan juga negara yang memerlukan seperti Afrika dan Nepal.

Manakala yang sudah tidak boleh diguna pakai lagi, ia akan dikitar semula untuk dijadikan fibre atau atau bahan bakar untuk sektor-sektor yang memerlukan bahan bakar tersebut.

Misi utama kempen Neubodi ini adalah bagi memastikan “No Bra Goes to Waste”. Setiap daripada bra itu boleh digunapakai oleh wanita-wanita yang memerlukan diluar sana dan juga industri kitar semula.

Tarikh Kempen Ini Berjalan

Neubodi Bra Drive bermula dari 27 haribulan September 2018 sehingga 4 November 2018. Hampir sebulan lebih. Satu tempoh yang lama untuk para wanita diluar sana mengasingkan bra kesayangan dan bra yang boleh digunapakai atau kitar semula.

Infografik Proses Kitar Semula Neubodi Bra Dive:

Setiap Daripada Penderma Akan Memperoleh Baucar 25% Khas Daripada Neubodi:

Jadi tunggu apa lagi, mari lihat lokasi Neubodi Bins berhampiran anda:

Pesanan percuma daripada Trendniaga, daripada biar berlonggok sampai bertahi lalat dalam almari, eloklah ambil peluang ini untuk bantu orang lain yang lagi memerlukan sambil menangi baucar 25 peratus lagi daripada Neubodi.

Dijemput follow page rasmi Trendniaga untuk perkembangan terkini trend perniagaan, pelaburan dan teknologi setempat dan global. Sekiranya ada pembaca yang berminat untuk berkongsi artikel di laman Trendniaga, dipersilakan untuk sign up dan eksplorasi features-features menarik Zine.my ini.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

Angkara Silap Memilih Pelaburan, Wanita Ini Memandu Grab Di Usia 72 Tahun

6 points
Upvote Downvote