jack ma umum persaraan

Jack Ma Umum ‘Cuci Tangan’ Dari Alibaba

724 Views in ,
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Siapa tak kenal dengan tubuh susuk kecil dengan rambut persis tempurung kelapa yang sering tular di media sosial dengan ucapan motivasi beliau dalam dunia perniagaan. Itulah dia Jack Ma, pengasas bersama Alibaba dan juga pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba Holding Ltd.

Jack Ma memberitahu The New York Times bahawa beliau akan mengundurkan diri dari dunia perniagaan untuk memfokuskan masa dan tenaga beliau dalam kerja-kerja kebajikan dalam dunia pendidikan.

Tarikh 10 September 2018 menjadi pilihan beliau untuk bersara daripada dunia perniagaan bersempena dengan tarikh lahir beliau yang ke-54. Jack Ma sebelum ini membuat keputusan untuk berundur diri daripada jawatan ketua eksekutif Alibaba pada tahun 2013 lalu.

Alibaba diasaskan oleh Jack Ma bersama 18 orang yang lain dengan bermodalkan hanya 60,000 USD hasil pinjaman sahabat beliau. Kini syarikat e-dagang Alibaba itu sudah pun bernilai 420 billion USD dengan 66000 tenaga kerja.

Jack Ma yang juga seorang bekas guru itu memberitahu bahawa pengunduran beliau ini bukanlah bermakna satu pengakhiran. Tetapi ia adalah satu permulaan era baru buat Jack Ma dan Alibaba. Beliau menginginkan wajah baru yang lebih muda untuk mengetuai Alibaba.

Jack Ma merupakan figura ketiga terkaya China dalam senarai jutawan Forbes dengan nilai 36.6 billion USD.

Trendniaga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jack Ma yang banyak membantu usahawan global dan memberi kata-kata motivasi yang sememangnya sangat berharga. Sebagai tanda terima kasih, Trendniaga kepilkan bersama antara video ucapan terbaik Jack Ma buat pembaca setia Trendniaga.

 

MENARIK MINGGU INI:

Starbucks Tercantik Dunia Dibuka Di Milan, Itali

14 points
Upvote Downvote