SCHEZWAN CHUTNEY !!

Geplaatst door Hemmag op Donderdag 25 oktober 2018

Lihat Video Iklan Makanan Dari India Ini. Memang Level Lain!

‘Yeh chutney nahi…Rocket hai Rocket’

224 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Teknik Marketing Paling Laju

Buat geng usahawan di luar sana, salah satu perkara yang perlu anda kuasai untuk berjaya dalam industri apa pun yang anda ceburi adalah bahagian marketing. Dan salah satu teknik marketing yang kebiasaannya diguna pakai adalah menggunakan iklan video.

Kapten Ching Datang Menyelamatkan Keadaan

Ranveer Singh adalah nama sebenar pelakon yang memegang watak hero dalam video ini.

Ranveer Singh memainkan watak sebagai Kapten Ching yang menyelamatkan sebuah kapal angkasa daripada dimusnahkan sebuah asteroid. Bagaimana dia memusnahkan asteroid itu? Hanya dengan sesuap Schezwan Chutney sahaja.

Kapten Ching melancarkan dirinya daripada api yang keluar dari badannya setelah menikmati sesuap Schezwan Chutney. Woho, memang lain daripada yang lain video marketing Schezwan Chutney.

Haha. Biarpun tiada sebarang makanan dalam video ini selain sos Schezwan Chutney, tapi mereka berjaya membuat orang produk Schezwan Chutney ini viral.

Hanya dengan membuat video yang tak masuk akal ditambah lagi dengan unsur lawak.

Tak lupa juga tahniah kepada pereka grafik video yang gigih bukan main video ini haha. Penulis sendiri mengaku berdekah bila tengok video ini walaupun tak faham sepatah apa yang diorang sembangkan.

SCHEZWAN CHUTNEY !!Full advertisement,????No advertisement can beat this one.Not even Japanese.Watch at your own risk.????

Publiée par Hemmag sur Jeudi 25 octobre 2018

Mungkin ada orang membenci atau mengutuk keras video iklan produk ini tapi hasilnya ia masih akan menjadi buat mulut orang ramai. Akhirnya ia akan melekat dalam kepala rakyat India untuk menjadi bahan bualan mereka atas faktor humour yang tak masuk akal.

Lambat laun, orang akan mula rasa tidak pelik untuk membeli produk ini di kedai atas faktor sudah biasa dengar atau pun tertarik dengan video iklan mereka itu sendiri. Kalau anda pula bagaimana? Mahu ke anda semua bila produk ini selepas menonton video iklan mereka? Suarakan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Bajet Ciput Tapi Nak Buat Pemasaran Berkesan? 7 Teknik Anda Kena Tahu!

7 Teknik Pemasaran Mudah Tanpa Mengeluarkan Modal

7 points
Upvote Downvote