Ikea India
Jalan raya sesak gara-gara hari pembukaan Ikea pertama di India

Lihat Bagaimana ‘Gila’ Hari Pertama Pembukaan Ikea Di India

391 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Percubaan kedua syarikat dari Sweden, IKEA untuk menembusi pasaran India yang besar namun sukar itu akhirnya membuahkan hasil.

Lebuh raya dan jalan raya sesak dipenuhi ribuan kenderaan yang terperangkap selama berjam-jam lamanya. Itulah penangan apabila gedung perabot dan gaya hidup IKEA yang pertama akhirnya rasmi dibuka kepada pengunjung di Hyderabad pada Khamis lalu (9 Ogos).

“Saya datang ke sini dari Bangalore (yang terletak sejauh 575km dari Hyderabad). Saya teruja untuk melihat apa yang ditawarkan,” ujar seorang pengunjung Krishna Mohan Dixit, 39, yang sanggup beratur selama sejam setengah sebelum gedung itu dibuka secara rasmi.

Sebelum ini IKEA sudah cuba bertapak di negara tersebut pada tahun 2006 namun berdepan beberapa masalah dengan peraturan tempatan.

IKEA menjangkakan untuk menarik kedatangan hampir tujuh juta pengunjung setahun. Menjelang 2025 pula, syarikat itu meletakkan sasaran pembukaan dalam 25 buah cawangan gedung tersebut di seluruh India.

Di bahagian jualan makanan, IKEA terpaksa membuat beberapa perubahan untuk menyesuaikan menu mereka dengan nilai budaya tempatan. Hidangan bebola daging popular IKEA digantikan dengan bebola ayam dan bebola sayuran.

Baca juga artikel Apple Cecah Nilai 1 Trilion USD.