Genting Saman Fox Dan Disney 1 Billion USD Selepas Batal Perjanjian

Perjanjian taman tema Fox pertama dunia di Genting dibatalkan.

714 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Walt Disney Co dan 21st Century Fox disaman oleh pengendali resort kasino terbesar Malaysia, Genting Malaysia Berhad selepas menarik diri daripada perjanjian untuk menaja satu taman tema baru iaitu Fox World.

Perjanjian yang telah termeterai di antara Genting Malaysia Berhad dan 21st Century Fox itu telah termeterai pada tahun 2013 lalu. Genting mengatakan pihak mereka telah melabur hampir 750 juta USD dalam projek Fox World ini.

Sebab pembatalan projek Fox World ini menurut satu laporan mengatakan Disney membatalkan perjanjian itu kerana branding strategi mereka. Disney yang membawa brand strategi ‘mesra keluarga’ merasakan ia sesuatu yang bertentangan dengan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat perjudian.

Tuntutan Genting Malaysia Berhad itu difailkan di Mahkamah Daerah AS di Los Angeles ketika Disney bersiap untuk menyelesaikan pembelian aset Fox sebanyak 71.3 bilion USD, dijangka pada suku pertama 2019.

Wakil Fox dan Disney enggan memberi sebarang komen lagi mengenai tuntutan saman itu.

Sumber: TheEdgeMarkets.com

Seruan Syed Saddiq Disambut Baik Tauke Razer:

Tauke Razer Bakal Peruntukkan RM10 Juta Lagi Untuk Industri E-Sukan Malaysia