fundamental dan teknikal analisis
Jom Fahami Apa Itu Fundamental Dan Teknikal Analisis

Jom Fahami Apa Itu Fundamental Dan Teknikal Analisis

Ilmu asas pelaburan buat mereka yang baru terjun ke dunia pelaburan.

232 Views in
Story MakerYears Of Membership

Seringkali kita terdengar perbualan para pelabur di kedai kopi mahupun di cafe mengenai teknikal analisis dan fundamental analisis menyebabkan kita terpinga-pinga apa yang mereka bincangkan sebenarnya?

Maka dalam perkongsian kali ini, semoga anda dapat memahami serba-serbi mengenai asas dalam ilmu pelaburan. Secara umumnya, teknikal analisis adalah suatu info graf mengenai suatu nilai harga syarikat ataupun indeks.

Manakala fundamental analisis pula adalah suatu info mengenai sebuah syarikat sama ada dari sudut pengurusan syarikat, kewangan atau perancangan syarikat yang telah berlalu atau yang akan dirangka untuk memastikan pertumbuhan dan kestabilan dapat dimajukan.

Jom Kenali 2 Kaedah Asas Bagi Pelabur Awal:

Teknikal Analisis:

  • Suatu kaedah dan kajian mengenai trend dan pattern pasaran serta pergerakan harga dan volume untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan di masa hadapan. Kebiasaan para pelabur akan mengkaji suatu pasaran mengikut kedudukan masing-masing seperti intraday (penganalisis setiap 15 minit atau setiap jam), swing trader (penganalisis harian atau mingguan) dan investor (penganalisis bulanan dan tahunan).
  • Setiap pelabur mempunyai pelbagai kaedah serta berbeza penggunaan chart seperti Line Chart, Bar Chart, Point and Figure dan yang paling popular adalah Candlestick Chart. Manakala bagi mengkaji kenaikan dan penurunan harga pula, pelabur akan menggunakan indikator yang tertentu untuk melihat trend, divergen, volume, strength serta posisi long ataupun short bahkan banyak lagi jenis indikator dengan nama yang pelbagai.

Fundamental Analisis:

  • Kaedah dan kajian mengenai pendapatan syarikat serta bagaimana pengurusan kewangan dan hutangnya (short-term mahupun long-term). Kemudian perlu juga dilihat berapakah pendapatan bersih syarikat serta baki tinggal yang boleh digunakan.
  • Sekiranya  sebuah syarikat mempunyai hutang, itu tidak bermakna syarikat itu buruk prestasinya atau mengalami kerugian kerana hutang sebuah syarikat mungkin disebabkan sebuah pertumbuhan atau syarikat tersebut ingin memperbesarkan lagi jajahan serta meningkatkan jualan untuk jangka masa panjang. Serta perlu juga dikaji aset sebuah syarikat mengatasi liabilitinya atau lebih rendah, kebiasaan syarikat yang tinggi jumlah asetnya lebih kukuh dan stabil daripada syarikat yang tinggi liabilitinya.
  • Mudahnya pelabur hari ini adalah, pelbagai aplikasi serta website dari pelbagai sumber boleh dirujuk untuk analisis fundamental bahkan disediakan juga kiraan ratio dan peratusnya seperti Price Earning(P/E), Earning Per Share (EPS), Return on Equity (ROE) dan banyak lagi anda boleh perolehnya di BursaMKTPLC dan Malaysiastock.biz.

Ilmu pelaburan bagi seorang pelabur ibarat air bagi seorang manusia

Semoga perkongsian ini dapat menambah sedikit pengetahuan buat pelabur baru atau bakal pelabur sudi membaca di TrendNiaga. Jangan lupa follow Facebook rasmi TrendNiaga bagi mengikuti artikel terbaru berkenaan dunia pelaburan, perniagaan mahupun teknologi.

Jom kenali apa itu bursa Malaysia dalam dunia pelaburan:

Pengenalan Asas Bursa Malaysia Buat Mereka Yang Baru Berjinak Dalam Dunia Pelaburan