Design Baju Anda Diciplak? Ikut 3 Langkah Ini

258 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Selalu sangat kita lihat bersepah peniaga yang menjual produk copyori atau ciplak di pasar malam, uptown, downtown malah ada yang sanggup jual terang-terangan di Instagram. 

Kita mungkin tidak terasa pedihnnya design produk kita sendiri dicuri oleh orang lain kecuali kita sendiri yang mengerah idea memikirkan design serta berhabis keringat cuba menjual produk itu.

Trendniaga kali ini mahu berkongsi coretan Faizal Ismail, seorang ejen hak cipta di laman Facebooknya bagi membantu pihak yang mengalami masalah diciplak design tshirtnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

—————————————————————————————

Design baju dilindungi oleh akta hakcipta.

Kalau ada pihak yang meniru, tuan punya design mesti ambil tindakan. Sebab, pihak berkuasa tidak akan ambil tindakan tanpa laporan.

Apa tindakan yang boleh diambil?

1. Hantar surat amaran suruh berhenti. Jika surat ini melibatkan kos, boleh minta orang yang meniru itu bayar.

2. Buat laporan kepada penguatkuasa KPDN HEP.

Jika laporan melibatkan trademark, harus dibawa bersama sijil trademark. Jika tidak, laporan anda tidak akan dilayan.

Jika laporan melibatkan copyright saja, perlu kemukakan design apa yang telah ditiru, dan buat perbandingan dengan karya original sekiranya ada sedikit perbezaan.

Bawa sekali akuan bersumpah yang menyatakan karya itu anda punya.

Alamat premis yang hendak diserbu juga perlu jelas dan tepat.

Tuan punya IP atau wakilnya perlu hadir bersama ketika serbuan.

Semua barang rampasan boleh didenda sekurang-kurangnya RM2000 setiap satu, dan semua wang denda akan diserahkan kepada kerajaan, bukan pemilik IP.

3. Pemilik IP boleh membuat tuntutan dimahkamah atas kerugian yang di alami. Contohnya gantirugi teruk, gantirugi tauladan, gantirugi penurunan jualan, dan sebagainya. Di peringkat ini peguam IP anda akan menasihati anda, jadi jangan pening.

Faizal IsmailPatent, trademark, Industrial design dan copyright agent.

Konklusinya jangan anda rasa pembelian tshirt ciplak tidak memberi kesan langsung kepada pemilik asalnya dan jangan pula rasa tidak mampu membuat apa-apa sekiranya design tshirt anda sendiri telah dicuri orang lain. Jadi marilah membelilah dengan bijak, katakan tidak kepada copyori!

Apa pendapat anda tentang scene ciplak di Malaysia? tinggalkan komen atau sebarang persoalan di bawah sekiranya anda masih ada perkara yang bermain di fikiran.

Baca juga artikel: 6 Filem Ini Bakal Buat Anda Celik Kewangan

10 points
Upvote Downvote