boat noodle

Daripada Jurutera Kepada Pemilik Kedai Makan Boat Noodle

839 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Ada pembaca Trendniaga yang belum pernah merasa mee Thailand? Haa mesti ramai yang rasa macam belum pernah kan. Pernah dengar Boat Noodle? alah yang mee dalam mangkuk kecil harga RM 1.90, kalau anda belum tahu Boat Noodle ini sebenarnya adalah model bisnes dari Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia.

Jadi tim Trendniaga hari ini mahu berkongsi bagaimana usahawan muda ini membangunkan bisnes bernilai RM 75 Juta dalam masa hanya 4 tahun. Jom layan kisah inspirasi dari rakyat Malaysia sendiri.

Pengasasnya Dicabar Keluarga Sendiri

Sebelum mengasaskan restoran Boat Noodle, Tony Lim menjalankan bisnes bengkel kereta. Dia mula berbisnes sebaik sahaja menamatkan pengajian di dalam bidang kejuruteraan.

Tony mendapat sokongan kedua ibubapanya yang turut menjalankan bisnes pengangkutan. Ibubapanya memberikan modal tetapi dengan syarat, sekiranya bisnes bengkel tersebut tidak berjaya dalam tempoh 2 tahun, Tony perlu bekerja menguruskan bisnes keluarganya itu.

Bisnesnya gagal.

Puncanya kerana Tony lebih berfikir lebih kepada seorang jurutera, bukannya seorang ahli perniagaan sepertimana yang sepatutnya.

Malah, aliran tunai bisnes tidak diurus dengan baik oleh beliau.

Timba Ilmu Di Kemboja

Selepas beberapa tahun menguruskan bisnes keluarganya, Tony berhijrah ke Kemboja membantu adiknya membangunkan bisnes Chatime sebagai ‘master franchiser’ di sana. Di sinilah beliau mendapat ilham untuk memulakan bisnes F&B sendiri kerana beliau banyak belajar cara membangunkan bisnes tersebut.

Idea awal isterinya untuk membuka restoran makanan Thai dengan menu yang komprehensif ditolak kerana ia sukar untuk dikembangkan nanti kerana terlalu rumit. Kerana itu Tony memilih untuk membawa konsep ‘boat noodle’ dari Thailand yang ringkas serta mudah untuk disediakan dan lebih praktikal untuk dikembangkan dengan cara francais atau perlesenan.

Bagi memastikan keaslian menu yang dihasilkan, Tony membayar RM5,000 hingga RM8,000 untuk dapatkan menu-menu dari pemilik-pemilik gerai di Thailand. Beliau turut membuat perubahan dengan mempermudahkan lagi cara penyediaan menu-menu tersebut.

Boat Noodle Yang Pertama Dibuka

Tony membuka restoran pertama Boat Noodle di Empire Damansara dengan modal RM160,000.00.

http://www.chasingfooddreams.com/2015/05/boat-noodle-empire-damansara.html

Pada peringkat awal, beliau turut ‘turun padang’ melakukan hampir semua kerja termasuk menjadi krew di restoran. Menurut Tony, beliau banyak melakukan pada waktu itu kerana tiada siapa yang membimbingnya. Antaranya, restoran pertamanya tidak mempunyai sistem saliran air yang betul, akibatnya ia menyukarkan kerja-kerja pembersihan. Malah, beliau tidak terfikir untuk mendapatkan hakcipta untuk logo dan nama restorannya.

Tony Lim Buka Cawangan Baru

Di sebalik semua itu, pengalaman, ilmu dan usaha kerasnya menyaksikan 9 cawangan Boat Noodle berjaya dibuka hanya dalam tempoh setahun pertama beroperasi.

https://twitter.com/myboatnoodle/status/755721371133411328

Dalam tempoh 3 tahun berikutnya, Tony bukan sahaja menambah cawangan Boat Noodle kepada 26 buah termasuk di Brunei dan Jakarta. Malah, beliau turut membuka 17 kiosk Chill Chill yang menjual variasi minuman teh susu Thai (minuman popular di Boat Noodle) dan 4 kiosk C&C yang menjual minuman kopi dan biskut cookies.

Pelaburan Dari Syarikat Luar

Ketiga-tiga jenama tersebut yang dibangunkan sendiri dari bawah diuruskan di bawah syarikatnya, Utara 5 Food & Beverage. Pertumbuhan syarikatnya berjaya menarik sebuah syarikat F&B Jepun untuk melabur RM30 juta dengan 40% pemilikan saham.

Sebagai langkah untuk mengembangkan bisnesnya, Tony merancang untuk menambah lagi cawangan restoran dan kiosknya, menambah satu lagi jenama F&B dan menyenaraikan syarikatnya di bursa saham pada tahun 2019.

Dan beliau berhasrat agar kesemua 660 pekerjanya yang turut bekerja keras membangunkan bisnesnya nanti akan dapat turut memiliki sebahagian dari pemilikan saham tersebut.

Artikel inspirasi ini dikongsikan oleh Mazlan Mohamad yang diolah dari The Star.

Baca juga Teknik-Teknik Pemasaran Tanpa Mengeluarkan Modal.