‘Matawang Crypto Terbaik’, Kazuki Coin Dimasukkan Bank Negara Dalam Senarai Amaran Kepada Pengguna Kewangan

757 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Bank Negara telah memasukkan crypto Kazuki Coin ke dalam senarai syarikat dan laman web yang tidak mendapat autoriti dan pengiktirafan di bawah undang-undang dan regulasi Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasminya, Bank Negara berkata crypto Kazuki Coin adalah entiti terbaru yang disenaraikan bersama 419 syarikat yang lain.

Berdasarkan pemeriksaan di laman sosial facebook, Kazuki Coin mendakwa ia adalah matawang-crypto era baru. Ia turut melabelkan matawang itu sebagai “matawang-crypto terbaik”.

Pihak pengurusan Kazuki Coin menyatakan bahawa semua transaksi yang diuruskan oleh Kazuki Management adalah selamat dan boleh dipercayai.

Ada juga penyokong dan penyimpan Kazuki Coin yang mendakwa ia adalah matawang-crypto yang akan menggantikan Bitcoin sebagai matawang digital masa depan.