Bisnes Model Airbnb

Lihat Bagaimana Bisnes Model Airbnb Berjaya Merevolusi Industri Perhotelan

Merungkai Rahsia Bisnes Model Airbnb

523 Views in
Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Semenjak dua menjak ini, Airbnb semakin menjadi kegemaran ramai pelancong kerana harganya yang lebih murah berbanding hotel. Di samping itu, Airbnb juga menyediakan pelbagai jenis rumah yang memenuhi citarasa semua jenis pelancong.

Kini dengan Airbnb, pilihan anda tidak lagi terhad dengan bilik-bilik hotel. Sama ada anda berseorangan ataupun berkeluarga, anda boleh mencari rumah yang unik dan sesuai serta memenuhi semua kriteria yang anda inginkan.

Airbnb telah bermula dengan inovasi pelanggan iaitu dengan mencipta suatu market segmen baharu di mana seseorang boleh menyewa bilik di rumah orang lain.

Sebelum wujudnya Airbnb, idea untuk membenarkan orang asing tidur di salah satu bilik di rumah anda pasti tidak terlintas di fikiran pemilik rumah. Bahkan, ini merupakan sebab utama kebanyakan pelabur awal enggan melabur dalam Airbnb. Alangkah ruginya mereka!

Sejak itu, Airbnb telah memenuhkan senarai unit rumah di platform mereka dan mula mendapat akses ke market yang lebih besar iaitu rumah sewa percutian pelancong.

Kini apabila Airbnb dianggarkan bernilai hampir $40 billion, bisnes model mereka sudah semakin jelas. Jadi bagaimanakah mereka menjadi syarikat hotel berangkai terbesar dunia? Mari kita imbas kembali permulaan perjalanan bisnes Airbnb.

Solusi Isu Kepercayaan

Hakikatnya, sebelum Airbnb lagi sudah wujudnya market untuk penyewaan bilik. Pada tahun 2005, anda boleh sewakan bilik anda kepada orang lain menggunakan laman web seperti Craigslist. Akan tetapi, perbandingan Craigslist dahulu dengan kejayaan global Airbnb bagaikan langit dan bumi.

Jadi mengapakah ini kesnya dan apakah yang telah Airbnb ubah untuk menjadikan bisnes model ini berjaya?

Masalah market ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah isu kepercayaan. Hal ini kerana ramai yang risau untuk membiarkan orang asing tinggal di rumah mereka walaupun mereka sendiri ada bersama di dalam rumah, apatah lagi meninggalkan orang asing itu berseorangan.

Bagaimana jika orang asing itu memecahkan sesuatu barang? Bagaimana kalau orang asing itu memusnahkan keseluruhan rumah? Bagaimana pula jika orang asing itu sememangnya orang yang gila dan bahaya?

Perasaan takut ini normal di kalangan tuan rumah meskipun dengan kewujudan Airbnb. Dan ini merupakan cabaran utama yang Airbnb perlu hadapi dan mereka berjaya menghadapinya melalui kepercayaan dengan reka bentuk (trust by design). Kepercayaan ini telah dijelaskan oleh Joe Gebbia dalam video TED beliau.

Dengan menggunakan sistem yang teguh (pengesahan identiti dan ‘review’) untuk kedua-dua hos dan tetamu, Airbnb berjaya membentuk komuniti yang berusaha untuk bersikap baik terhadap satu sama lain.

Tidak ada sesiapa pun yang mahukan ‘review’ yang teruk tentang dirinya sama ada mereka hos mahupun tetamu.

Sistem review ini merupakan teras kepada solusi isu kepercayaan dan telah direka bentuk dengan teliti oleh tim Airbnb. Kepercayaan ini jugalah yang menjadi sebab utama Airbnb mampu berkembang dengan laju hari ini.

Perbandingan dengan Bisnes Model Hotel

Airbnb bukanlah suatu syarikat sewa hartanah, tapi merupakan pasaran online yang menyatukan hos dan tetamu di atas satu platform. Oleh itu, Airbnb tidak menanggung kos operasi yang besar seperti bisnes hotel.

Dalam bisnes hotel, bangunan-bangunan merupakan key resources hotel biarpun syarikat itu francais mahupun milik sendirian.

Berbeza pula dengan Airbnb, pemilik-pemilik rumah adalah key partners mereka.

Di samping nilai kepercayaan, Airbnb berjaya menawarkan dua lagi nilai dengan wujudnya platform ini iaitu harga yang lebih murah serta kepelbagaian pilihan rumah/bilik sewa.

Airbnb sentiasa mengoptimumkan reka bentuk servis mereka dan memudahkan tempahan untuk tetamu-tetamu mereka. Segala langkah yang perlu diambil jelas untuk sesiapa sahaja yang melayari laman web mereka.

Airbnb juga telah memudahkan hos untuk menyewakan rumah dan melakukan pelbagai jenis operasi seperti mengutip bayaran deposit menggunakan platform mereka.

Nadi platform-platform seperti ini sangat bergantung pada kedua-dua belah pihak untuk memastikan ia berjaya.

Jadi sebagai langkah menggalakkan hos-hos menyewakan rumah mereka, Airbnb telah menyediakan dana jaminan 1 juta USD sekiranya ada kerosakan sewaktu menyewa rumah sebagai ganti rugi untuk pemilik rumah.

Replikasi Bisnes Model

Apabila wujudnya bisnes model di antara hos dan tetamu, Airbnb telah mengembangkan bisnesnya dengan mencipta cara melancong yang berbeza.

Pelancong(tetamu) kini boleh merantau di suatu bandar bersama hosnya sebagai ‘tour guide’. Pelancong tidak lagi perlukan servis ‘tour guide’ profesional untuk membawanya berjalan. Dan siapakah yang lebih baik untuk membawa anda berjalan di suatu kawasan melainkan orang tempatan itu sendiri?

Dengan cara ini, Airbnb berjaya mereplikasikan bisnes model ini dan mengekalkan peranan mereka sebagai perantara dalam market berkaitan hospitaliti ini.

Secara tidak langsung, Airbnb telah mengancam bisnes syarikat hotel serta syarikat tradisional pelancongan sekaligus mengganggu industri pelancongan sedunia.

Hanya dengan membentuk satu sistem ‘review’, Airbnb berjaya memberi impak besar kepada industri pelancongan dan merevolusisasikan cara orang melancong.

Apa pendapat anda mengenai inovasi bisnes model Airbnb ini? Industri lain apa yang anda rasa masih boleh direvolusi melalui konsep trust yang berjaya dibina dengan kukuh? Jangan lupa kongsi pendapat anda dibawah.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

Tiga Anak Melayu Cipta Nama Sebagai Usahawan ‘Ganja’ Di UK