Rumah Sebagai Aset Pelaburan

Beli Rumah Sebagai Aset Pelaburan? Tidak Lagi Terpakai Pada Zaman Sekarang

Pesanan Usahawan Ini Buat Anda Fikir Dahulu Sebelum Memiliki Kediaman Pertama

921 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Dengan market dan situasi pasaran hartanah semasa, aku berpandangan buat mereka yang baru mula bertapak agar tidak terburu-buru untuk membeli rumah yang pertama!

Dulu memang aku berpegang pada pandangan; “Beli rumah seawal usia yang mungkin agar ianya menjadi investment suatu hari kelak!”

Now, aku sendiri mula berubah pandangan. Rumah sebagai aset investment? Tidak lagi terpakai pada zaman sekarang.

Cuba lihat pada mereka-mereka yang dah beli rumah pada sekitar 2011-2015 yang lalu..

Adakah mereka mampu menjualnya kembali pada harga pasaran?

Silap-silap, kebanyakannya jika terpaksa jual, semuanya jual pada bawah harga pasaran, bahkan ada segelintir yang terpaksa berjual rugi!

Hanya yang mempunyai holding power je boleh pertahan serve the banks. Yang lain, especially yang baru nak bertapak tapi terpesona dengan para player hartanah yang main flip lah apa lah, nampak untung berganda lepas 5 tahun, now menyesal tak sudah!

Now, harga average rumah apartment sekitar RM400-550k!

Berapa ramai mereka yang baru nak bertapak yang mampu untuk fork out 10% deposit?

Weeiiiii RM50k bukan sedikit!

Tu belum kira installment bank! Paling tidak RM3000 sebulan!

Jadi Apa Penyelesaiannya?

Kau menyewalah!

Rate sewa dalam RM1600 kau dah dapat rumah yang cukup lebih dari selesa.

Yang mana kalau kau beli, kau kena bayar lebih RM3000 bulanan dan sekurang-kurangnya RM50000 deposit!

Banyak benda kau selaku startup boleh buat dengan wang lebihan tersebut. Ianya cashflow yang positif.

Cash is definitely king!

Kau duduk di rumah yang “disubsidi” oleh landlord. Ianya win-win situation.

Kelebihan Menyewa

  • Dan dengan komitmen sewaan tersebut kau tidak terikat sepertimana dengan bank!
  • Andai kau berpindah tempat kerja, kau pack and angkut barang kau, cari pula rumah sewa dekat office baru.
  • Masa pun kau jimat, tak perlu ulang-alik jauh ke tempat kerja kau.
  • Kau jimat kos perjalanan dan paling penting KOS MASA!
  • Kau ada lebih banyak masa terluang daripada kau beli umah ceruk mana sebab kau nak umah yang mampu milik… tapi kau dah rugi MASA!

Sampai Bila Kau Harus Menyewa?

  • Sampai kau sudah cukup selesa dengan pekerjaan/perniagaan kau.
  • Kwsp kau pun dah penuh, bolehlah mula berfikir untuk membeli.
  • Ingat, kita sebagai startup tak kira berniaga atau bekerja, kita perlukan KUASA cash.
  • Manipulate cash yang kau ada untuk kegunaan SEMASA dan kemudian kau parallelkan dengan kegunaan FUTURE.

Konklusinya

  • Zaman sekarang sudah tak relevan untuk miliki kediaman pertama secepat mungkin!
  • Terlalu banyak projek baru menyebabkan projek lama tak boleh nak jual tinggi pun.
  • Dan masing-masing harga dah melampau.
  • Bertindaklah ikut realiti semasa.
  • Tiada salahnya kita menyewa andai itu strategi kita untuk masa akan datang.
  • Daripada beriya nak gah and nampak hebat.

“Seawal umur 20 tahun lelaki ini telah berjaya membeli sebuah rumah!”

Padahal menanggung bebanan hutang tinggi dengan bank!

Mari kita sama-sama fikirkan.

Jangan kita biarkan diri digari bank!

Coretan ini telah ditulis oleh tuan Muhamad Nasron Nasir di laman Facebooknya. Tim Trendniaga berharap penulisan tuan Nasron ini dapat memberi sedikit sebanyak input dan sisi pandang berbeza buat pembaca setia Trendniaga.

Jemput like dan follow Facebook rasmi Trendniaga untuk perkembangan terkini tentang trend perniagaan, ekonomi, teknologi mahupun pelaburan global dan setempat.

BACA JUGA: 

4 Kelebihan Kad Kredit Yang Ramai Pandang Sebelah Mata