money laundering 90 juta penggubahan wang haram
Gambar sekadar hiasan. :)

Bagaimana Melakukan Money Laundering? Kenapa Perlu Beli Kereta Mewah?

Money laundering bukanlah cuci duit dalam air, walaupun boleh ada kaitan. Nanti kami terangkan bagaimana.

694 Views in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Apabila melihat SPRM memanggil beberapa individu politik tertentu melibatkan beberapa kes berkaitan dana, wang, atau imbuhan – pastinya perkara itu menjadi gawat. Lebih-lebih lagi kalau kita ambil kira perangai rakyat Malaysia when it comes to politics.

Semua benda nak diulas walaupun tak faham secara menyeluruh. Yang penting dapat back up, ye dak? Ini adalah ‘a very teachable moment’. Hari ini kita keluar sedikit dari topik lazim. Kita belajar apa itu money laundering dan apa sebenarnya yang berlaku. Harapnya lepas ini bila nak beri komen, bolehlah beri komen yang cerdik (or sound smart) sikit.

Pertama, apa itu money laundering?

Secara ringkas dan padat, ia adalah “penggubahan wang haram”. Bukan gubah bunga untuk kenduri itu, tapi secara asasnya, duit yang kotor dimasukkan ke dalam institusi tertentu untuk bagi dia nampak legit atau sah. Seolah-olah dapat wang itu secara sah.

Mengikut Bank Negara,

Bagi kesalahan mengikut seksyen 4(1) AMLATFA, individu yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti atau instrumen yang menyalahi undang-undang pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Kenapa orang buat money laundering? Kenapa orang tak nak bayar cukai? Dan kenapa ia sangat merbahaya untuk kewangan negara? Kami tak akan jawab di sini secara terperinci. Ringkasnya,

Tujuan money laundering

adalah untuk menjadikan segala pendapatan haram itu (dari kegiatan jenayah) menjadi bentuk wang tunai atau hartanah yang kelihatan sah dan legitimate dan boleh digunakan tanpa syak wasangka.

Perbincangan di sini adalah bersifat akademik dan bukanlah bersifat instructional. Segala risiko dan akibat selepas anda mengambil tindakan dari artikel ini adalah 100% tanggungan anda.

Tudia warning dia kemain.

Now that we have got that out of the way,

Apakah stages yang ada dalam money laundering?

Kenapakah orang yang didakwa membuat money laundering, dilihat seperti membeli aset tertentu atau mempunyai off-shore account?

Proses money laundering atau penggubahan wang haram boleh dipecahkan kepada tiga step berbeza. [Artikel milik zine.my] Tapi harus diingatkan, bahawa ia sebenarnya ada satu proses (a single process). Bermaksud, ketiga-tiga stages ini boleh berlaku serentak dalam masa yang sama.

Tiga stages itu adalah:

  • Placement Stage
  • Layering Stage
  • Integration Stage

“Min, tak paham la panjang sangat. Tolong lukih sat.”

Nah.

money laundering penggubahan wang haram
Proses money laundering. Tang mana biasa orang beli kereta mewah?

 

“Padia pulak ni Min, makin complicated.”

Sabaq sat aku terang.

1. Placement Stage

Ini adalah step pertama yang mana wang haram hasil rompakan atau kegiatan jenayah seperti rasuah masuk kedalam sistem kewangan. Step ini ada dua tujuan penting.

a. Penjenayah itu tak perlu pegang dan jaga duit yang banyak secara personal atau “on hand”.

b. Dan menempatkan wang haram itu ke dalam sistem kewangan yang sah (bisnes sah, institusi sah, milikan aset).

Sewaktu placement stage inilah penjenayah paling vulnerable. Sebab bila letakkan duit tunai yang banyak ke dalam satu atau beberapa tempat dalam satu masa, akan trigger sistem alarm dalam kepala para pegawai kewangan yang berdedikasi. [Artikel milik zine.my] Money laundering adalah sebuah “bisnes” yang melibatkan banyak wang tunai dan biasanya denominations duit itu bukan duit besar. Jadi tujuan launderer (kita sebut ‘pencuci’ di sini) adalah untuk memindahkan wang yang banyak itu dari tangan dia atau tempat dia dapat wang itu, ke bentuk ‘liquid’ yang lebih mudah untuk diuruskan. Contoh:

  • Bisnes tunai: masukkan tunai itu ke bisnes yang sah. Paling menjadi kalau bisnes itu tak mahal tapi ada traffic pelanggan yang agak steady. Jadi customer akan selalu guna cash yang denominations dia tak besar. Maksudnya dia tak banyak guna duit besar. Seperti bisnes carwash, laundry, parking kereta, casino, salon. [Artikel milik zine.my] Dalam series Breaking Bad, isteri kepada watak utama si Walter White telah buka kedai cuci kereta untuk sisipkan wang tunai haram yang Walter dapat selepas dia jual dadah biru. Itu adalah stage Placement.
  • False invoicing: keluarkan dummy invois untuk match dengan duit yang dia dapat. Dan duit haram itu seolah-olah “bayar” invois “servis” yang dia buat.
  • Smurfing: masukkan duit tunai sikit demi sikit ke dalam akaun bank atau credit card, tapi amaun itu bawah treshold yang akan trigger sistem amaran perbankan. Duit itu kemudian digunakan untuk bayar “perbelanjaan” seperti beli-belah, makan, duduk di suite. Bahasa mudahnya jadikan duit besar itu toyol banyak-banyak. Bawa satu toyol je kalau nak shopping.

  • Trusts, Offshore Companies: Wujudkan “Yayasan” atas nama dan tujuan apa sekali pun, atau syarikat luar negara yang tak terikat dengan undang-undang negara Malaysia tercinta. Berguna kalau nak sorokkan identiti sebenar beneficiaries. Lebih lagi, ada yang dari offshore company, dia wujudkan lagi bawah itu multiple shell companies untuk pecah-pecahkan lagi duit itu. Dan letakkan carta organisasi atau BOD yang berbeza-beza. Biasanya dia letakkan geng dia lah.
  • Akaun Bank Luar Negara: Masukkan duit tunai itu dalam suitcase, bawa ke luar negara, dan deposit dalam akaun-akaun bank di luar negara di bawah treshold AML (Anti-Money Laundering Law). Kemudian hantar semula wang itu ke negara asal.
  • Blending Funds: Ambil contoh Breaking Bad tadi, wang haram itu akan dicampurkan dalam sale harian bisnes sah tadi. Tapi dalam laporan kewangan harian/resit akan mark-up sikit jumlah pendapatan. Contoh, hari ini basuh 20 buah kereta dengan setiap kereta harga RM 20 setiap cucian. Tapi keluarkan resit ekstra, tambah ada lagi 10 kereta dengan setiap harga RM 1000 setiap cucian. 10 yang ekstra itu lah duit kotornya.Tiba-tiba kita pun boleh kata “eh tak logiklah macam ini”. Pandai pun. Anda boleh jadi pegawai kewangan. Tapi kalau buat sikit-sikit macam satu kereta RM 50, lambatlah nak siapkan? Sebab itu orang kata penjenayah ini kreatif. Ada je cara nak mengelat. Kejar jangan tak kejar.

  • Currency Exchanges: Guna duit itu untuk beli wang asing secara cash. Convert la kiranya. Sebab itu nak tukar duit, hanya boleh buat di exchanger yang sah. Salah satu sebabnya adalah untuk jaga kewangan negara. Memang ada yang argue rate lebih baik kalau ‘underground’ ini (bukan di Malaysia) tapi ia akan sangat berbahaya untuk negara. Anda senang hari ini. Tapi kalau anda betul faham, 5 tahun nanti ekonomi negara boleh rosak sebab kegiatan haram seperti ini.
  • Currency Smuggling: Ini adalah penyeludupan wang tunai ke negara luar/jiran secara fizikal. Sebab itu kalau nak bawa tunai melebihi had tertentu, anda wajib declare dengan bahagian Kastam. Jika ditangkap, anda akan dituduh melakukan penggubahan wang haram.

Dan banyak lagi cara yang digunakan. [Artikel milik zine.my] Sebab keadaan dan environment sangat kompleks lebih-lebih jika melibatkan jumlah wang yang besar, ada situasi di mana pegawai dalam jurisdiksi ini tidak mahu bekerjasama kerana kekangan regulasi atau undang-undang tertentu, atau pun tidak mahu cooperate dengan siasatan penggubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

Untuk menghalang perkara ini berlaku, dan membantu siasatan di masa hadapan – banyak negara yang sependapat telah bertemu dan membangunkan dan berkongsi regulation yang yang digunapakai, multilateral agreements, maklumat dan risikan dan macam-macam lagi. Contohnya, lahirnya badan pemerhati antarabangsa seperti Financial Action Task Force (FATF).

2. Layering Stage

Juga dikenali sebagai “Structuring“. Stage yang paling kompleks dan biasanya melibatkan pergerakan wang antarabangsa. Tujuan utama dia adalah untuk memisahkan wang haram itu dari sumbernya. Caranya dengan melakukan transaksi yang sophisticated untuk layering (berlapis-lapis). Ini untuk hilangkan money trail dan memutuskan kaitan duit itu dengan jenayah atau penerima asal.

Pencuci akan gunakan multiple banks and accounts, dan melantik orang profesional sebagai orang tengah unutk uruskan yayasan dan corporations. Dia akan bayarlah gaji kepada “pengurus-pengurus” ini. Sebab itulah pencuci tak kisah sangat kalau “baju” kedut 50% untuk buat cucian asalkan duit itu nampak bersih. Contoh dapat RM 90 juta, lepas dicuci dapatlah RM 45 juta ikat tepi. It’s still a lot of money.

Lazimnya, pencuci akan gunakan Electronic Fund’s Transfer (EFT) melalui akaun bank luar negara (offshore accounts) atau shell companies (syarikat kosong). Memandangkan ada lebih kurang 500 000 wire transfer seluruh dunia setiap hari (melebihi total USD 1 trillion), dan kebanyakannya adalah sah, memang susah nak kenal pasti sesuci mana duit itu. Hal ini kerana maklumat yang disclosed dalam wire transfer tersebut tak cukup detailed.

Cara lain, convert kepada traveler’s cheque, money orders, wire transfers, jualan stok atau bon, atau beli aset berharga seperti lukisan dan barang kemas, piano emas, filem dan sebagainya. [Artikel milik zine.my] Semua ini dibuat dengan berlapis-lapis, kompleks sebab nak kaburkan jejak tapak kaki itu dan jauhkan perkaitan duit itu dengan orang asal.

Waktu ini, pencuci akan gerakkan wang secara elektronik dari satu negara ke satu negara. Kemudian pecahkan ke dalam “pelaburan” yang diletakkan dalam beberapa financial options atau overseas market. Yang penting duit itu kena sentiasa bergerak. Lebih baik jika dapat exploit loopholes (kelompongan) undang-undang atau jadual kerja pegawai dan pihak berkuasa.

Ada satu kes, duit negara milik Bangladesh berjuta-juta hilang dari sebuah bank hanya kerana waktu cuti yang berbeza. Mereka tutup bank hari Jumaat Sabtu, tapi di USA masih beroperasi pada hari Jumaat. Jadi rompakan dijalankan pada waktu Jumaat itu. Boleh cari di YouTube. Selepas duit itu ditransfer, terus ia dipecah-pecahkan kepada jumlah yang sedikit seperti USD 200 untuk sebuah akaun. Memang susah nak trace.

Memang itulah tujuan layering. Untuk kelirukan proses penyiasatan dan menyukarkan penyiasat. Sebab itu penyiasatan boleh makan masa bertahun-tahun. Anda marah-marah, “Ai dah dua tahun takkan tak selesai? Mana duitnya?”

Meh nak tanya: hari Khamis minggu lepas, berapa yang hang belanja untuk makan nasi lemak ayam tambah telur mata, sambal tepi dengan air teh tarik ais bungkus. Setiap sen bayar apa? Itu pun kita sudah susah nak trace kalau tak ada record/resit kan?

Nak cari setiap sen duit ke mana itu dah satu hal, nak pastikan dia haram, nak follow lagi. Memang lama dan perlu teliti. Sebab itu menjaga amanah adalah benda yang paling sukar dan berat di dunia.

Dalam bahasa mudahnya, Layering adalah proses Placement+Integration yang berulang kali.

3. Integration Stage

Tadi kita dah letakkan duit haram itu dalam sistem kewangan yang sah dengan cara menyamarkan dia. Kita panggil dia, Placement. Kemudian duit itu, kita pecah-pecahkan dan jauh-jauhkan lagi. Tapi jauh-jauhkan pun, still kita nak boleh ambil balik kan nanti? Jadi kita buat banyak syarikat (yang ada kaitan dengan kita) dan pecahkan duit dalam syarikat itu. Ini kita panggil Layering.

Sekarang, kita nak ambil balik duit itu untuk guna. Macam mana? Ini final stage. Bila duit itu dah masuk dalam sistem kewangan yang sah, dan nampak sah, ia dah dianggap wang sah (at least kepada pencuci lah).

Banyak cara untuk dapatkan dan gunakan balik duit tersebut tapi main point dia, mesti dapatkan duit itu dengan cara yang tak menarik pihak berkuasa dan nampak sah dari sumber yang sah. [Artikel milik zine.my]

Kononnya ada syarikat, lepas itu syarikat yang tak ada pekerja, tak ada bisnes, baru buka (dan tiba-tiba untung RM 45 juta) itu, boleh bagi kehidupan yang selesa kepada si pemilik. Maka dia gunakan wang itu untuk beli hartanah, hasil seni lukisan, barang kemas, kereta mewah dan sebagainya. Pembelian “aset’ itu boleh jadi cara dia placement dan enjoy contohnya, beli banglo mewah atau kereta mewah. Atau pun, kita gunakan toyol yang kita sebut dekat atas, untuk beli barang mewah dan berharga macam handbags, kapal, atau anjurkan parti besar-besaran. Kita enjoyyy.

money laundering 90 juta pas
Gambar contoh. Audi A6..

Integrasi duit yang “dicuci” ini ke dalam sistem kewangan dikira berjaya bila pencuci tadi dapat buat ia seolah-olah pendapatan yang sah. Waktu ini, teramatlah sukar untuk bezakan mana satu kekayaan yang sah atau pun tidak. [Artikel milik zine.my] Tak semua transaksi money laundering melalui stage ketiga ini. Stages yang tiga ini boleh berlaku berasingan, serentak atau pun overlap.

Macam mana dia buat, apa proses, bergantung kepada organisasi penjenayah itu.

Bisnes Yang Ideal Untuk Money Laundering

Memandangkan terdapat begitu banyak channel yang boleh digunakan, haruslah ada satu langkah efektif yang melibatkan semua aspek dan peringkat sistem kewangan demi menjaga kedaulatan sistem ekonomi negara. Bisnes yang dijadikan untuk money laundering biasanya bisnes yang ada high volume transaction atau high level of cash:

  • Bank
  • Akauntan
  • Solicitors
  • Ejen perumahan
  • Pengendali wang antarabangsa
  • Art dealers
  • Car dealers
  • Restoran
  • Hotel
  • Kasino
  • Bar
  • Kelab malam
  • Dry cleaners
  • Vending machine
  • Tempat letak kereta
  • Pusat tarikan keluarga
  • Resort

money laundering 90 juta penggubahan wang haram