mulabisnes
mula bisnes

10 Asas Sebelum Mula Bisnes Anda.

169 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Wang adalah alasan yang salah untuk memulakan bisnes. Atau, tidak memulakan bisnes. Keadaan ekonomi sekarang terpaksa mengerah manusia untuk bekerja lebih untuk meneruskan kehidupan yang kian rumit.

Berniaga adalah antara bidang yang paling ramai ceburi untuk mendapatkan pendapatan extra hari ini. Namun apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan??

1. Elakkan berhutang untuk mulakan bisnes

Sekiranya ada modal kecil, buat bisnes kecil. Kata Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick, hanya “moron” memulakan bisnes dengan hutang. Dalam bisnes banyak ketidakpastian, cuma satu saja yang pasti, apabila berhutang, kena bayar. Bagi graduan, usah tambah hutang sekiranya pinjaman PTPTN pun belum habis bayar lagi.

2. Cuba dulu sedikit-sedikit

Sebelum anda membelanjakan modal yang besar untuk buat produk OEM, jual dulu produk itu kecil-kecilan. Contoh, buat sambal yang sedap itu di rumah dan jual secara kecil-kecilan. Apabila dapat pesanan yang banyak, barulah keluarkan besar-besaran melalui OEM. Sekiranya anda nak jual gunakan food truck, mulakan dengan jual (contoh: nasi lemak, burger atau apa saja) kecil-kecilan. Apabila ada permintaan banyak, barulah pindah kepada food truck.

3. Tak perlu sewa pejabat pada peringkat permulaan

Apabila anda sewa pejabat, duit anda “sangkut” kepada pejabat. Anda kena bayar sewa dan utiliti. Gunakan “virtual office” sama ada yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta. Yuran yang dikenakan cukup rendah, bermula RM100 sebulan.

4. Rekod cashflow bisnes dengan baik

Rekod kewangan yang baik akan memudahkan anda membuat pinjaman dari bank atau agensi kerajaan apabila anda ingin membesarkan perniagaan kelak. Pastikan juga rekod kewangan peribadi baik dan tidak ada hutang tertunggak, termasuklah dengan PTPTN atau kad kredit. Untuk memudahkan anda membuat pinjaman pada masa depan, rekod kewangan bisnes & rekod kewangan peribadi hendaklah bersih.

5. Buat bisnes sambil bekerja

Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Cuma pastikan anda tidak menggunakan masa bekerja untuk buat bisnes atau berlaku “conflict of interest.” Contoh bisnes yang boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan online. Apabila anda mendapati bisnes sudah berjalan dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.

6. Berniaga sambil belajar

Bagus untuk belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun, usah tunggu semua lengkap, baru nak mula bisnes. Mulakan sekarang. Sambil berniaga, sambil belajar. Anda akan lebih faham apa yang anda buat. “Learning By Doing”

7. Belajar dari mentor bisnes yang sesuai

Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. Dengar kesemuanya. Bagaimanapun, saring dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda.

8. Jangan merungut

Bisnes adalah satu pengalaman yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, biarkan ia di situ. Usah dirungut!!. Buka buku baru. Berjalan terus.

9. Sentiasa mencuba

Ramai orang mencuba berniaga dan bisnes tak menjadi pada percubaan pertama. Itu lumrah. Usah kecewa. Anda tidak gagal kerana bisnes tak menjadi. Cuba lagi. Cuba lagi. Anda gagal tatkala anda berhenti mencuba bisnes baru.

10. Jangan mengemis

Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan meminta-minta bantuan. Sekiranya anda perlukan khidmat agensi kerajaan, gunakan perkataan “facilitate.” Contoh, “Boleh tuan facilitate keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan? Gunakan ayat yang mencerminkan minda keusahawanan, bukan fikiran subsidi!

klik sini untuk baca “Bagaimana Mengatasi Ketakutan Kegawatan Ekonomi”

7 points
Upvote Downvote