Apple Hasilkan Iklan Animasi Pendek Ala-Ala Pixar Sempena Musim Krismas 2018

Agak-agak boleh lawan iklan ‘leleh’ daripada Thailand ke tak?

268 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

source

Video iklan Apple untuk musim percutian sudah menjadi salah satu tradisi tahunan mereka. Dan misi utama mereka sudah semestinya bagi membangkitkan emosi penonton sempena musim perayaan.

Komersial tahun ini TrendNiaga merasakan Apple berjaya mencapai matlamat mereka itu dengan satu konsep yang berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Dan kalau anda perasan, komersial ini hanya menayangkan satu produk Apple yang iaitu Macbook.

Sentuhan Pixar

Tahun ini, Apple mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu animasi pendek dengan sentuhan umpama produksi kartun popular, Pixar. Filem animasi pendek berdurasi 2 minit setengah ini tentunya satu kelainan bagi peminat Apple yang biasa ‘termakan’ dengan iklan-iklan Apple yang lebih ‘menggiurkan’.

Filem animasi pendek bertajuk ‘Share Your Gifts’ ini seperti ini membawa mesej kepada penonton untuk memupukkan nilai memberi kepada rakan mahupun keluarga terdekat lagi-lagi di musim perayaan ini.

Di Sebalik Tabir

Apple juga telah mengeluarkan video di sebalik tabir bagaimana filem animasi ini dihasilkan. Anda boleh lihat video itu di bawah. Biarpun iklan animasi 2 minit setengah sahaja, namun tenaga dan masa yang diperlukan bagi menjayakan iklan Apple yang berkualiti ini memang luar biasa.

Bak kata orang kalau luar biasa usahanya maka luar biasalah hasilnya. Hihi.

2 points
Upvote Downvote