apa itu sst

Apa Itu Sales & Service Tax (SST)?

848 Views in
Verified UserCommunity ModeratorYears Of MembershipUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList Maker

Seperti semua maklum salah satu manifesto Pakatan Harapan dalam 100 hari pemerintahan adalah memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan & Perkhidmatan(SST).

Sebagai langkah interim, mulai 1 Jun, ia telah mensifarkan cukai semua barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan cukai enam peratus di bawah skim GST.

Hampir 3 bulan rakyat Malaysia hidup sifar cukai, tarikh 1 September 2018 adalah tarikh penting buat semua apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih tarikh ini untuk perlaksanaan cukai SST.

Apa itu SST?

SST telah diperkenalkan melalui Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Cukai ini telah berkuatkuasa sehingga 1 April 2015 yang mana selepas itu telah diambil alih GST.

Kadar cukai jualan barangan telah ditetapkan kerajaan sebanyak lima peratus, 10 peratus atau kadar lain yang ditetapkan kerajaan.

Manakala kadar cukai perkhidmatan adalah enam peratus yang mana akan dikenakan kepada perkhimatan makanan dan minuman, insurans, perkhidmatan komunikasi, kelab swasta, hotel dah lain-lain.

Sasaran kerajaan adalah untuk mengaut 21 billion untuk setahun melalui cukai SST ini.

Bagi pembaca trendniaga yang masih tak faham bagaimana SST dilaksanakan, boleh baca perkongsian daripada cikgu cukai, Puan Zurainee Zabidi berkenaan SST yang kami kepilkan dengan artikel ini.

1. Sales Tax = Single Stage Tax.

Maksudnya hanya mengutip cukai dari manufacturer sahaja.

Kadarnya pula boleh jadi 5% atau 10% bergantung kepada barangnya.

Maksudnya hanya manufacturer yang akan membayar tax ini kepada kerajaan. Tapi logiknya, manufacturer pasti akan charge sales tax ini kepada wholeseller.

Manufacturer tidak perlu paparkan apa sahaja nilai tax tersebut dalam invoice yang dikeluarkan. Terus sahaja masukkan dalam nilai invoice. Dan invoice yang akan digunakan adalah normal invoice. Bukan tax invoice.

2. Service Tax

Service Tax pulak akan dikenakan kadar oleh segelintir perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.

Kadar cukainya pula adalah 6%.

Contohnya: servis profesional seperti peguam, akauntan. Selain itu service lain seperti hotel, restoran turut dikenakan

Infografik daripada Malaysiakini di bawah ini juga akan memudahkan anda untuk faham dimana kadar cukai yang dikenakan untuk skim GST dan SST.

Harapnya artikel ringkas ini mampu serba sedikit membantu pembaca Trendniaga untuk memahami Cukai Jualan & Perkhidmatan(SST). Jangan lupa share artikel ringkas ini kepada kenalan anda yang masih sama-samar dengan SST.

Sekiranya anda ingin menulis atau berkongsi artikel menarik, boleh sign up di website Zine.my ini dahulu. Jangan lupa juga like & follow Facebook Trendniaga untuk info-info terbaru mengenai tips-tips perniagaan, kewangan, ekonomi, inspirasi dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

7 Cara Menghadapi Cukai SST Dengan Bijak