Alibaba Terus Bersaing Hebat Dalam Perkhidmatan E-Dagang

Hari Bujang yang gila buat Alibaba.

256 Views in ,
Story MakerYears Of Membership

Baru-baru ini Syarikat Alibaba Groups Holding telah meraikan sambutan “Alibaba’s Singles Day” sempena Hari Bujang 11 November setelah diadakan pada kali pertama tahun 2009 iaitu 10 tahun lepas.

Hari Bujang Yang Menguntungkan

Dianggarkan lebih 15 juta produk daripada 140,000 jenama telah terlibat dalam jualan Hari Bujang ini, pelbagai promosi telah ditawarkan kepada pembeli dan ‘online shopping lovers’ dengan harga yang tidak masuk akal.

Alibaba telah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$1 bilion selepas 60 saat perasmian dilancarkan, manakala jumlah keuntungan sehari yang direkodkan adalah AS$30.8 bilion.

Jumlah ini bukanlah sedikit jika dibandingkan dengan pendapatan negara kita sebanyak RM280.25 bilion dan RM314.5 bilion masing-masing pada tahun 2018 dan 2019. Bahkan rekod Alibaba ini belum pernah dicapai oleh mana-mana syarikat di Amerika seperti Amazon mahupun E-bay.

Alibaba's Singles' Day dirasmikan oleh pengasas Alibaba Group Jack Ma.
http://google.com

Babytree Group Bakal IPO

Dalam memastikan pengukuhan syarikat ini, Alibaba Group Holding Ltd dan Fosun International Ltd telah berganding bahu untuk membantu Babytree Group untuk mendapatkan AS$282 juta dalam penyenaraian dalam Hong Kong initial public offering (IPO).

Ia sebuah website terbesar untuk penjagaan daripada ibubapa serta perkongsian pengalaman dan nasihat dalam memastikan penjagaan anak-anak dititik-beratkan.

Syarikat pendasar Beijing menawarkan sebanyak 250.3 juta unit akan ditawarkan dengan harga HK$6.80 hingga HK$8.80 setiap unit, berdasarkan laporan Bloomberg.

Kongsi Strategi Di China International Import Expo

Alibaba juga telah membuat satu pengumuman di China International Import Expo di Shanghai untuk memberi komitmen dengan mengimport barangan luar dengan nilai sebanyak $200 bilion daripada hampir 120 negara dalam jangka masa 5 tahun mendatang.

Ini adalah salah satu strategi Syarikat Alibaba untuk terus menarik peminat pengguna serta meluaskan lagi jajahannya.

Matlamat Syarikat Alibaba adalah memudahkan pengurusan jual-beli pengguna serta memastikan pertumbuhan untuk tahun-tahun mendatang. Pada 2 November lepas, Alibaba telah merekodkan kewangan syarikat sebanyak AS$39.9 bilion.

Kenali Syarikat Alibaba Dengan Lebih Mendalam

Alibaba adalah sebuah industry internet dan perkhidmatan Online Shopping serta menawarkan produk seperti e-commerce, online money transfer serta mobile commerce .

Ia telah diasaskan pada tahun 1999 oleh Jack Ma dan Peng Lei, syarikat ini berpusat di Hangzhou dan didagangkan di New York dengan kod ‘BABA’. Jumlah kapita pasaran bernilai 389.97 bilion dengan unit yang didagangkan sebanyak 21.7 juta dengan harga semasa AS$150.44.

pengasas Alibaba Groups Holding Ltd serta executive chairman
http://google.com

Jack Ma telah memegang jawatan sebagai chief executive officer (CEO) sepanjang 10 tahun pertama, kemudian jawatan tersebut diberikan kepada Jonathan Lu pada 10 Mei 2013 dan berpindah milik pula kepada Daniel Zhang pada 10 Mei 2015.

Jack Ma kemudian menyandang jawatan sebagai executive chairman. Manakala jawatan executive vice chairmain oleh Joe Tsai dan presiden disandang oleh Michael Evan.

Kejayaan bukan pada harta dan jawatan tapi pada segi pemikiran dan usaha

Jack Ma sekarang sedang menumpukan masa dan tenaga beliau dalam bidang lama beliau iaitu pendidikan. Antara karier terawal beliau sebelum bergelar usahawan. Baca artikel penuh:

Jack Ma Umum ‘Cuci Tangan’ Dari Alibaba